ONEXOX
BannerFans.com

Gambar Laila, anak yatim yang pertahan pengetua Tahfiz Amal

on Friday, February 21, 2014

Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan sesiapa cuma admin agak terkilan dengan tindakan pengetua Tahfiz Amal yang didakwa memperalatkan kanak-kanak sebuah sekolah tahfiz anak yatim di Kedah untuk mengemis bagi mendapatkan derma.

Sepanjang minggu ini, cerita pengetua tersebut berfoya-foya hangat diperkatakan di serata Malaysia selepas beberapa keping gambarnya sedang bersukaria tersebar meluas di laman-laman sosial dan blog. Apapun, kesahihan dakwaan ini belum dapat dipastikan.

Menurut blog mymedialab, seorang penulis memberitahu pernah terserempak dengan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah kedai makan baru-baru ini. Nama anak yatim itu ialah Laila dan dia sedang membawa resit derma dan barangan dari sekolah Tahfiz itu.

Penulis itu segera bertanyakan pendapat Laila tentang gambar-gambar pengetuanya yang tersiar di internet. Laila bagaimanapun mempertahankan tindakan pengetua tersebut dan menganggap apa yang tersebar di internet hanya fitnah semata-mata.

Gambar Laila, anak yatim yang pertahan pengetua Tahfiz Amal, info, berita, salah laku pengetua Tahfiz Amal ,


“Itu semua fitnah. Pengetua saya seorang yang baik. Encik tak kenal dia tetapi saya tahu dia telah difitnah.”

Masih tidak percaya dengan jawapan Laila, penulis berkenaan bertanya lagi mengapa pengetua itu boleh bersuka-ria menyanyi dan bersenang lenang di pantai sedangkan pelajarnya keluar mencari derma serta menjual barang di merata tempat.

"Itu cara dia berdakwah. Lain orang, lain cara mereka menyampaikan ajaran Islam. Kalau dia pergi karaoke ke atau ke mana-mana, itu cara dia berdakwah."

“Encik tak boleh pertikai apa yang dia buat. Encik tak tahu cara dia menyampaikan ajaran Islam. Kami pelajar dia tahu semua yang dilakukan oleh pengetua kami adalah kerana agama Islam. Encik sendiri belum tentu masuk syurga kalau nak banding dengan pengetua kami.”

Akhir sekali, penulis itu meminta izin untuk mengambil gambarnya. Laila tidak menolak malah beria-ia mahu gambar tersebut tersebar di internet agar dia popular dan semua orang tahu dia berada di pihak yang benar.

"Ambillah gambar saya. Biar saya jadi popular. Saya berada dipihak yang benar. Allah tahu apa yang saya buat.”

Apa yang menjadi persoalan utama di sini ialah kesahihan gambar yang tersebar samada benar-benar pengetua sekolah tahfiz tersebut atau palsu.

Meskipun Laila seolah-olah mengakui gambar itu ialah gambar pengetuanya berfoya-foya namun dia tidak pula memberikan sebarang pengesahan lebih lanjut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved