ONEXOX
BannerFans.com

Ibu muda, hilang bayi kembar serentak akibat kecuaian Hospital Kuala Pilah?

on Wednesday, February 12, 2014

KUALA PILAH – Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.

Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.

Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.



Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.

“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.

“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa," katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.





Menurutnya, keesokan harinya, dia sekali lagi memanggil jururawat kerana berasa seperti mahu bersalin.

“Saya sudah tidak bermaya untuk menahan sakit, tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan, malah seolah-olah memerli saya," katanya.

Sharifah Kalsum berkata, antara jam 6.30 dan 7 petang pada 16 Januari, dia dikejutkan jururawat bertugas untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.

"Ketika itu, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri tiada apa-apa reaksi atau bunyi degupan jantung.

“Jururawat itu tidak maklumkan apa-apa sehingga jam 7.30 pagi, seorang doktor memeriksa saya. Ketika doktor periksa sekali lagi kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri sudah tiada menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin kira-kira 8.30 pagi," katanya.

Katanya, dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan segara dijalankan bagi menyelamatkan bayinya.

Menurutnya, kira-kira 10.05 pagi, bayi pertama yang masih hidup dikeluarkan, namun seorang lagi sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian.

"Bayi pertama berat 2.33 kilogram (kg) manakala yang kedua 2.07 kg. Pada mulanya saya ingat bayi pertama yang dikeluarkan berjaya diselamatkan, namun kira-kira 12 tengah hari, suami memberitahu bayi kami itu juga sudah meninggal dunia," katanya.

Bayinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Melang selepas solat Asar.

Sementara itu, suami Sharifah Kalsum, Muhd Azmi Hashim, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap kakitangan hospital terbabit sehingga menyebabkan nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan.

Malah, katanya, dia juga kesal kerana pihak hospital belum menjelaskan punca kematian pasangan kembar itu.

“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Itu sahaja,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Melang.

Sinar Harian cuba menghubungi pihak hospital dan salah seorang kakitangannya memberitahu, pihak hospital akan memberi maklum balas berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 15 comments... read them below or add one }

que aredeq said...

ponah sey nak masuk sepital pilah ni...nurse kemain kurang hajar laie...biadap...x sopan,bercakap mcm nak bergaduh..sampai sey nk mintak tukar sepital ke sepital swasta banyak bunyi bukan guno duit diorang pon...puiiiiii cap ayam.


February 12, 2014 at 8:35 AM
Anonymous said...

drama....huh


February 12, 2014 at 3:30 PM
Anonymous said...

Gomen hospital mmg kurang hajar.servis cincai je.dlm resit bukan main lagi siap tulis subsidi kerajaan beribu ribu.nurse hampeh.malas kerja dok rumah mengangkang je la.


February 12, 2014 at 4:02 PM
Anonymous said...

amboi..sdap mulut je ckp nurse gomen mcm tu.. sy kje hr2 blik lmbt sibuk kje..tp xpnh claim..sbb sy fkir biar Allah je yg bls.. org mcm ni ngn ank2 brnk..HARAM msuk hosp gov!klo msuk jgk..mmg muke xtahu malu!


February 13, 2014 at 1:22 AM
Anonymous said...

cakap bagi baik sikit bukan semua nurse macam tu... kalu nurse keja lebeh ko orang x nampak.. kesian kat nurse


February 13, 2014 at 3:52 AM
Anonymous said...

Tak sume nurse /spital gomen tak bagus servisnye..hanya segelintir nye saja...mebe tekanan disebbkan beban kerja...
Cuma kalo boleh,bila dh jd perkara mcm ni,pihak hospital kena la bertanggungjawab beri penerangan kpd pesakit...


February 13, 2014 at 3:58 AM
Anonymous said...

Sy dlu bersalin kt hosp pilah jgak. Tp nurse ok je.. siap urut2 kn pnggang lg sbb xrhn sakit sgt.. sy muntah bpe kali mse 2. Nurse 2 tukarkn bju st sbb mse tu dh xlarat menahan sakit.. bkn smua nurse mcm 2. Jgn sbs sekor kerbau mmbawa lunpyr, semuanya terpalit.


February 13, 2014 at 5:21 AM
Anonymous said...

ajal maut itu di tangan Allah SWT.. Inalillah,. Al-Fatihah.. ARwah bayi2 itu sedang menunggu ibunya di syurga, amin,,., insyaAllah :)


February 13, 2014 at 6:42 AM
Anonymous said...

X semua nurse mcm tu tp sedih byk nurse lyn kt kasar..xtau knpa?pernh wife sy nk buka buku pregnan..mmdgkn wife sy akn posting keje seorg diri ke borneo &wife sy tahu tmptnya dpendlman dan awl2 mcm ni mnelh dia mampu ade knderaan kn..jd spnjg die nk siapkn buku..mcm2 kna dgn nurse..bt kt snalh..xdpt duduk same la wlupn mntkpindh...sushkn dia la..byk kje lain.mngis wife sy..dh lh sedih nk bjauhan..lpas tu dh x jejk dah sana..dia pnh ckp lpssni evrythig swasta..smpi bsalin pun..boleh request nurse&dr prempuan je...amin


February 13, 2014 at 7:02 PM
Anonymous said...

Klu btul nurse tekanan..ingtlh kerja awk mlibtkn nyawa org..ade org lain keje mpertaruhkn nyawa sendiri..ada org keje mpertaruhkn masa ank2 dan suami(bjauhan)semuanya ada tekanan...sy hrp nurse2 kt mlysia ni lebih ambik brt..bijak bkata2..jgn ambik mudah aduan pesakit..jgn bckp kasar dgn org yg sakit(yg ni rasullullah pun ada ajr)..tunjukkan awak org yg intelek..xperlu ckp bmda2 yg xberkaitan..sekadar renungan utk kita untuk bkerja


February 13, 2014 at 7:10 PM
Anonymous said...

Mmg tak semua nurse govt mxm tuh. Tp bila ada yg gn bahasa kasar, mmg tak patut. Itulah dulu bila mak ayah suruh jd cikgu, jurutera xnak.nk jg jd nurse. Now dh jd nurse harap sila lah jalankan tggungjwb. Sabar itu harus ada.


February 14, 2014 at 12:39 AM
Anonymous said...

Mmg x smua nurse mcm tu,tpi kpd nurse yg berperangai mcm tu bawa-bawa la bertaubat,for me as long as kita krja served costumer mesti ada complain cuma baik buruknya dtg Dari diri kita sendiri,klu baik kita serve baik LA jdinya,tpi klu sbliknya maka buruk LA complain DRI mereka,tpi ada juga costumer cerewet yg baik pun d buruk2 kannya...kita cuma insan biasa cermin2 la diri sendiri...semoga yg buruk jadinya BAIK,


February 14, 2014 at 6:21 AM
Anonymous said...

JURURAWAT hospital kerajaan memang paling sial! Orang nak beranak mesti mereka perli dan berkasar. Bangsa lain bagus tapi kalau Melayu punya jururawat macam jahanam perangai!!


February 24, 2014 at 2:33 PM
Anonymous said...

Putaran hidup adalah seperti roda...kita bukan sentiasa diatas dan bukan sentiasa dibawah. Hanya Allah yg Maha Mengetahuai....


March 1, 2014 at 7:16 AM
Anonymous said...

Org yg sentiasa berbuat baik akan mendpt balasan yg baik...dan sebalik nya... jika terkena perkara buruk pd diri...itulah adalah balasan Tuhan. Jika mendpt yg menyenangkan itu adalah hikmah...Bukan kah itu nama nya Qada dan Qadar.


March 1, 2014 at 7:26 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved