ONEXOX
BannerFans.com

Kenal pasti pemilik

on Thursday, February 27, 2014

Seremban: Pos Malaysia Berhad akan mengenal pasti secepat mungkin barangan, bungkusan dan surat penghantar serta penerima susulan kejadian kemalangan maut di Kilometer 251.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, yang membabitkan dua kakitangan syarikat itu ketika mereka membawa pelbagai dokumen dalam perjalanan ke Pasir Gudang Johor, pagi semalam.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, semakan itu akan dibuat berdasarkan salinan senarai disediakan sebelum menghubungi pihak penghantar dan penerima dokumen berkenaan.

Katanya, terdapat pelbagai barangan dan dokumen dibawa lori lapan tan Pos Laju dipandu mangsa yang turut hangus terbakar ketika kejadian.

“Kami sedang mengenal pasti barangan atau bungkusan yang dibawa lori terbabit dan kami akan maklumkan kepada penghantar dan penerima dokumen berkenaan secepat mungkin.





“Kami akan laksanakan tanggungjawab seperti mana termaktub dalam etika perkhidmatan Pos Malaysia. Setakat ini jumlah pelanggan yang terbabit belum diketahui dan kita akan teliti berdasarkan senarai disediakan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), semalam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved