ONEXOX
BannerFans.com

Kes Tuntutan Bekas Isteri Pengulas Sukan Tangguh

on Monday, February 24, 2014

SHAH ALAM: Perbicaraan kes tuntutan nafkah dan harta sepencarian oleh bekas isteri pengulas sukan terkenal, Zainal Abidin Abd Rawop, 47, iaitu Kristina Zuhana Kamarolzaman, 43, ditangguhkan sehingga 22 Mei depan untuk sesi soal balas selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan plaintif memasukkan afidavit keterangan bertulis.

Hakim Syarie, Salehan Yatim turut mengarahkan 10 fakta yang tidak dipersetujui defendan dimasukkan bersama di dalam afidavit tersebut pada 24 Mac ini.



Terdahulu, peguam plaintif, Datuk Amli Embong berkata, pihaknya tidak membuat sebarang permohonan untuk membuat afidavit keterangan bertulis.

"Saya memohon diberikan tempoh sebulan untuk meneliti afidavit terrsebut," katanya.

Kristina Zuhana memfailkan kedua-dua permohonan itu terhadap Zainal Abidin, pada 4 Februari 2013 selepas mereka sah bercerai pada 14 Jun 2012.

Kristina Zuhana dan Zainal Abidin hadir pada prosiding itu hari in

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved