Pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes terkejut dengan kerugian MAS sebanyak RM1.17 bilion, lapor The Malaysian Insider. Atau Tony buat-buat terkejut!
Kata Tony, keseluruhan industri penerbangan perlu dikaji semula.
Tony ‘betulkan’ MAS dengan berkata, polisi industri dan pengurusan penerbangan perlu diperkemaskan manakala MAS dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) perlu membuat keuntungan bagi mengelakkan kerugian berterusan dan membebankan pembayar cukai.
“Fakta saya adalah jika anda menguruskan syarikat sendiri, adakah anda sanggup memotong 16% kos dan masih rugi RM1 bilion.
“Adakah kerana ia adalah wang pembayar cukai maka ia sanggup dilakukan. Ini tidak menyelesaikan masalah,” katanya.
Tony juga menyindir perbelanjaan MAS dan MAHB yang terus mendatangkan kerugian.
“Ia sepatutnya membawa keuntungan. Ia hanya menyusahkan ahli perniagaan yang baik di mana mereka berbelanja seolah-olah tidak ada hari esok,” katanya lagi, lapor TMI.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Kontrak kroni charge air mineral sampai 30 hengget, brape sen sgt la yg tinggal utk MAS?
February 20, 2014 at 6:43 AM
Post a Comment