Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.
Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.
Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.
Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.
"Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.
Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.
"Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.
Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.
Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.
Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.
Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.
*Luahan Hati seorang daripada pelajar tersebut di laman sosial*
Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!
Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANIAYA tak wajar berlaku!
Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.
Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.
Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sebab ini akan menganggu schedule penerbangan”.
Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!
Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.
Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!
Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.
Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU! SENANG JE KAN!!
Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!
Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!
Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..
HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!
Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teraniaya dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!
So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!
Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.
Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!! #BYE #HateAirAsia
P/S: ayat kelakar masa gaduh dengan mamat AirAsia kaunter tu kawan aku cakap ingat NASI LEMAK KORG DAH LENGKAP KORANG DAH CUKUP BAGUS.. #ehh rare giler hahaha #suddenly
*Post ini pun atas keizinan mamat staf AirAsia yang kurang ajar tu. Dia kata kalau nak masukkan kat media pun SILAKAN.. (masa bergaduh mulut dengan dia) -Sumber: Mforum.Cari
**Anda mempunyai pengalaman yang sama? Jangan takut, luahkan pengalaman buruk anda mengenai servis Air Asia dalam komen di bawah!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 88 comments... read them below or add one }
Hahaha..kes Ni...akk pun Da penah kena...g serawak...ambk flht yg seterusnya kna kuar duit rm7++.++•beli tiket baru...ckp la mcm mna pn diorg x Lyn...sbnrnya mmg Lau bli tket online prmtion mcm Tu diorag sengaja kot buat mcm Tu..supaya Kita bli tiket bru yg x Da promtn JD x laa dia rugi...tmbh belipat hands la untungnye..
February 21, 2014 at 2:53 PM
Airasia memang bangsat... Kakak aku pun pernah terkena kes mcm ni...
February 21, 2014 at 3:31 PM
saya pon pernah kena ms nk blk hbs cuti semesta ke kota kinabalu... sgt tidak bertimbang rsa.. sekarang alhamdulillah MAS menjadi pilihan hati ku...
February 21, 2014 at 3:58 PM
Mls nk citer lah..beg rosak..beg koyak..patah itu pecah ini.. kalau rosak patah kena ada insurans..kalau xbeli insurans tu satu bonus n green light bg dorg musnahkan harta korg.. dorg lmbt xpe delay itu ini bagai kalau pelanggan 1 minit pun xdpt..penah kena d Airport Miri..
February 21, 2014 at 4:00 PM
You think bangsat tu nak baca.
February 21, 2014 at 4:00 PM
Saya dah kena tahun lepas tambang 1000 sorang n kami berempat..tambang murah ke Beijing. .kelewatan kmi atas kelembapan petugas utk utusan check in. Plus kami di arah beratur di lane yg slah.byk buang msa sampai gate ttup. So terlepas la kmi utk naik . pesawat yg kami tggu 6 bln. Tiada tolak ansur..hbis 4k lebih gitu je..end up kmi naik mas 5k juga hbis sbb mengenangkqn urusan penginapan dan lain lain yg dah kami bayar si sana.
February 21, 2014 at 4:36 PM
Bodoh la korang ni . ingat naik kapal terbng mcm naik teksi ke boleh tunggu klu lambat? Dah lmbat pastu nak salahkan org lain.
February 21, 2014 at 4:55 PM
knp xamik gambar budak poyo tu??? mamat airasia gampang tu..
February 21, 2014 at 5:06 PM
Patut post sekali gambar mamat kaunter tu..
February 21, 2014 at 5:08 PM
Morale of d story nak naik flight mesti ada d airport 3 jam sblm wktu berlepas. So xtimbullah pelbagai masalah terlepas flight or beratur panjang
February 21, 2014 at 5:10 PM
Hello fren..klu org lambat gate tutup pastu trus fly xpe la jgk..yg siap delay tu ape cter? Ke lu yg bodoh? Xkena kt btg idong lu blh r lu sembang...
February 21, 2014 at 5:11 PM
sy pun terkena masa pg sarawak bersama family. dh chek in pun. gate buka lmbt. solat subuh jab. pas solat gate terus tutup. airasia mmng mcm tu. ni mmng pandai amek untung. kerajaan x mampu buat apa2 pun.jgn2 ada syer
February 21, 2014 at 5:11 PM
Yes..we must get to the airport early. At certain cases; did you always on time for the whole of your lifetime ASSHOLE? Sifat perikemanusiaan itu tidak wujud jika dikendalikan oleh kuffar. Modus operandi itu juga salah satu cara "backstage profit" utk so called "tambang murah"...choiiiii!!
February 21, 2014 at 5:30 PM
Jadikan pengajaran..kalo dkt sesetengah negara europe tu, mmg sah2 tak dilayan..tepati masa !!
February 21, 2014 at 5:39 PM
Sy sndiri mmg pernah kna.. xboleh nk brtimbang rasa lngsung.. sy trlambat beberapa minit je utk masukkn beg..tp x diterima.. sy x lmbt masuk flight pun..tp trpaksa beli tiket baru gak sbb beg byk.. klu naik MAS xpenah plak ade masalah mcm ni.. hurmm...
February 21, 2014 at 5:47 PM
I pon pernah kena. Masa tu nak ke singapore. But in that case..kastam yang buat hal..terkedek2..tah hape die sbok sgt..beriye2 check aku xhbs2..da buang masa byk kt situ. Yg pntg..kastam kt sana...rata2 are very rude yer..especially pegawai wanita. Lepas tu ble da byk buang masa kt kastam..mse aku turun ke gate..gate da tutup. Padahal..katanye 20min before departure gate tutup kan..ha kenapa plak 720am da tutup? Flight scheduled at 745am!! Aku berlari pegi kt kaunter and dok nego..tp staff air asia tetap xnk bg masuk alasan..da lwat. 1) mase masih ada 25min lg.. 2) kastam is one of the factor
So kt sini..mana toleration? Just sb promo ticket ke..kau beriye2 strict xtentu pasal dgn customer? And statement standard..sila ke kaunter air asia utk beli ticket flight seterusnya..ya allahhh berderau betol..terbang lg rm150 each pax. Pape pon..benda da lepas. Tapi aku jd greram balik bila ada customer yg agak senasib dgn aku. Ni da cm modus operandi air asia..to air asia management..don't advertise public with your shitty promo but at the end..we know how well it gonna ended. Bila harga promo..treatment for customer is double standard..and not only that..your staffs are not professional in fronting customer. Even though the ticket is cheap or whatever..pls appreciate whoever buy ticket from you. Our money goes to each one of you.
Thank you.
February 21, 2014 at 5:49 PM
Bagi sesiapa yg terkekena macam ni.AIR ASIA @ mana 2 syarikat penerbangan yang menyalahi undang 2 di Malaysia.kita boleh membuat report polis atas commercial crime.sepatutnya gate perlulah dibuka lebih lama.bukannya hanya dalam tempoh 5 minit seperti yg dinyatakan.selain itu, flight boleh pulak delay.nampak macam ada yg tak kena.
February 21, 2014 at 6:15 PM
Ramai yg dh kna. Dia x pduli.walaupun salah dia.suruh salah bratur lane.sy sendiri pun prnh kna. Flight kna tepat.sbb menbabitkn byk faktor.bl control tower dh bg green light. Plane kna standby.kna ikut giliran blepas.x blh suka2 hati.bl dia dh tutup gate tiada kompromi.landasan sentiasa sibuk dgn sykt2 pernerbangan lain.akn blaku traffic congestion.tp bl ada delay lain citer.ha ha..tony byr media mahal. Airasia terbabas bru2 ni ada ada dgr citer.terbabas ms landing kat kuching.news x ramai yg tahu.tp kalau na selesa overall naik mas lh.
February 21, 2014 at 6:25 PM
Airasia ke Virgin Air or mana2 flight tambang murah semua sama. So kena ler online check-in. Beg terus masuk ikut tempat drop. Saya pernah kena dua kali. Sebab ikut partner yg anggap naik flight mcm naik bas.
February 21, 2014 at 6:38 PM
Well, if flight kena delay setiap penerbangan akan dikenakan denda oleh MAB (due to passengers or maintenance check) and it can reach few thousand per flight. This is a cost that airline company have to pay.
Always be early than your scheduled flight. At least 3 hours than ur flight if international especially. There are more than 200 routes flying off from lcct daily and with more than 1000+ passengers in and out, you really think that airasia or any airline bothers if u are late? . There are major problem they faced daily basis. Yours are just minor.
February 21, 2014 at 6:48 PM
Babi ape ko..
February 21, 2014 at 6:53 PM
Die dh beratur sekali la.kwn die lepas masuk. Kenapa diorg xlepas plak. Ko mesti xpernah naik flight kan?
February 21, 2014 at 7:06 PM
Tak semua tempat cmtu...aku penah naik tambg murah ni lewat dtg tp dah check in online...dah takde org laen kat lua dr bhgn kastam sampai dah naik flight aku sorang je...nasib baek bagi masuk gak...ok lahhh...memang kene dtg awal kalau nak slamat...
February 21, 2014 at 7:11 PM
Ini bkn sebab hati perut ke ape, mmg regulation die, gate close bile mase da sampai, even flight still xtake off, they wont let u in. Come on guys, jgn pikir diri sendiri, pikir penumpang yg ramai dlm plane and captain flight tu. Lain kali awal la. Da tau ramai. Da mmg keje org tu tutup gate, bukan org tu owner.
February 21, 2014 at 7:11 PM
ya saya pon pernah terkena gak kes macam ni masa nak balik SARAWAK...,,,hati2 lah air asia memang nak duit kot....nama jer penerbangan tambang murah.KALAU DIKIRA BALIK HARGA LEBIH KURANG HARGA TIKET NAIK MAS JUGA,,,,,
February 21, 2014 at 7:13 PM
memang korang kena datang awal and beratur ikot schedule ape semua. Tapi in this case mereka datang berkumpulan. Sedangkan 4 rakan selamat masuk..kenapa diorang tak dapat masuk? kenapa tak bagi semua yg baki tadi masuk? and 1 more thing jangan lah suka-suka nak bodoh and babi kan orang. Korang takde kat tempat diorang. Hormat luahan hati orang k.
February 21, 2014 at 8:28 PM
Belum ada pengalaman naik air Asia... Mcm menakutkan jer.....
February 21, 2014 at 8:55 PM
Haha..sah bdk kg ni. Cara komen pn mmg x penah naik flight.Bodo b'tingkek-tingkek.
February 21, 2014 at 8:57 PM
Pale bana ko laaa ni mesti staff airasia gak nih . Keje nak naya org . Sialan bajingan .
February 21, 2014 at 9:00 PM
Ape bangang ko ni.Ko bace la btul2 mslh dieorg tu.Mcm mane dtg grouping skali pn bleh separuh lpas separuh x lpas? Padahal check in skali beratur skali.Doesn't make sense at all.
February 21, 2014 at 9:05 PM
Belajar menetapi n mengikuti masa.. bukan masa menunggu kita.
February 21, 2014 at 9:09 PM
bukan nk back up air asia..cuma nk ckp sepanjang saya berkuliah di unimas selama 3 tahun dan berulang alik dari kl ke kch, staff air asia sgt ramah dan bagus..x pernah terjadi kes sebegini...
February 21, 2014 at 9:12 PM
Not like they are paying the MAB pun...hahahh
February 21, 2014 at 9:17 PM
Kau tu yg bodoh. Macai air asiaq
February 21, 2014 at 9:21 PM
Bangang, tak reti ke nak dtg awal? Betol ke ko ni mahasiswa? Travel planing pun out. Handphone canggih2 reti plak ko check in online? Ni tak, fesbuk dan complain kt blog je la ko reti. Tony fernandez bkn nk dgr masalah ko..gelakkn ko ade la..
February 21, 2014 at 9:24 PM
Cube kau yg kene. Tau plak nak heboh sane sini. Sembang lebat
February 21, 2014 at 9:25 PM
MAS is the BEST!!!
February 21, 2014 at 9:27 PM
i guna airasia dari 2010 lagi, tak da pon kena cam ni. masa tu lcct tak seramai sekarang. setahun 4kali i pibalik jogja kl atau pun jogja penang. kata flight delay ada jugak, tapi bukan selalu. kalau kita dah beratur mereka pasti buka pinu gate. pasal pa korang caya sangat cakap budak kononnya "MAHASISWA" tu...belum tentu dia cakap betul kan???
padanlah dengan harga, kl jogja rm150 pi balik, paling mahalpun rm200 pi balik.
kalau nak di layan sangat ambik ja MAS bussines class.... senang ja, ada duit ada service.
February 21, 2014 at 9:51 PM
Dlm website dh tulis tiket promosi xleh tukar. Dlm tiket n website dh tulis kena ada kat airport 2 jam sblm flight. Salah korang or AirAsia? Bodohnye students
February 21, 2014 at 10:03 PM
Sila baca sampai abis..then,fahamkan betol2..then, baru komen k...
February 21, 2014 at 10:13 PM
Klu air asia delay mcm mane...pernah kena delay about 4 hours but air asia don't do anything...takde information yg diberi pd passengers..passengers yg kena alert..benggong punya air asia..bila naik flight nak ckp sorry coz of delay pun takde...
February 21, 2014 at 10:13 PM
MAS is the BEST....Air Asia WORSTSSSSSSS
February 21, 2014 at 10:17 PM
Aku rasa dia ni x baca abis trus nk kondem..mangkuk punye olang. Kalo gate buka 5min jer apa citer..yg nk naik bkn takat 10..20 org. Penumpang gak ke yg salah
February 21, 2014 at 10:50 PM
Dh ramai yang buka mulut kau punye servis mcm babi... lagi nak banyak bunyi... mcm bodo je.. kesian mak bapak kau dapat ank bodo..
February 21, 2014 at 10:52 PM
undang-undang dalam website dah clear kan? Kan dah clear undang-undang check in dan boarding? Kalau ikut rule yang betul2 dah kira nasib baik ada jugak member2 korang yg terlepas naik. Tu pun air asia dah kira berlembut dah lepaskan korang dia orang naik biarpun ikot undangh-undang patut semua tak boleh naik. jugak kenapa tak check in online? kenapa tak sampai awal? banyak persoalan boleh tembak diri sendiri bro. Ni sure ke direct pergi gate nih. Entah2 melilau berjalan2 ke lain dulu. Flight bukan korang sorang nak naik tau. pastu yang bagi perlepasan berlepas semua control tower bukan air asia. aku pun x suka air asia tp dalam kes nih nampak sangat bodohnya. mahasiswa universiti mana nih hah? cer highlight skit aku nak tanya kat wall FB vc atau rektor korang pasal kes nih.
February 21, 2014 at 11:16 PM
Turn around setiap flight hanya 25 minit setiap stesyen.. loading n unloading bag just 15 minit.. included refuel aircraft.. boarding time mesti tamat sekurang2nye 15 minit sebelum pintu aircraft tutup.. sbb utk standby staft towing n engineer ready to push back aircraft.. ble ade passenger yg x boarding atau x lepas gate.. automatik staff kene offload bag passenger under reason annex17 sbb bag yg tak bertuan tidak boleh on board skali.. scheduled offload bag hanya beberapa minit klu lebih.. kene report or tggu budi bicara kapten utk offload semua bag dn cari balik satu2 smpi jumpa.. dlm sistem penerbangan keselamatan penumpang sgt2 diutamakan sistem ni klu nk lebih teliti boleh check kat IATA.. bukan suka-suki nk menganjing babi bg delay flight.. semua flight schedule under DCA tower.. klu arahan dari tower trafik udara ckp kene tggu bg flight sekian2 push out or fly dulu you mesti kene ikot even you kepala kapten sekali pun bukan boleh suka suki gila babi terus fly or hold bg passenger full on board dulu.. dlm satu hari ada beratus flight yg beroperasi di laluan dn destinasi berbeza.. setiap lokasi dh ditetapkn berbulan2 lebih awal utk capai otp ontime punctuality.. utk rujukan standard time departured (std) dan estimated timed arrival (eta). Bukan boleh suka suki senang hati ikot time free passenger.. klu penumpang lmbt xkira u jatuh sungai ke. Patah kaki ke lu punye pasal.. standard pintu gate dr ruang menunggu kene tutup setengah jam awal...klu dpt naik lg even lg 15 minit sebelum kpl departed kire lu beruntung n staff mmg xbuat kerja betul2.. ketahui law penerbangan sebelum nk shoot sesiapa.. setiap itinerary slip mesti ade tulis kene standby awal 2jam utk flight domestik dan 3jam utk international.. even klu flight penuh smpi 180 org sekalipun dlm flight.. klu lu dtg awal 3jam sebelum flight.. rase2nye 180 orng semua dh settle check in dlm hanye 1-2jam maximum.. rule n regulation.. scan bag.. timbang check in counter.. avsec security scan and checkup.. custom approval.. klu korang rase sempat utk follow semua step dari scan bag walau dh terlewat beberape minit utk smpi ke custom approval dlm group lg.. so kat situ dh melanggar undang2 IATA dan DCA.. thats y gate tutup awal xnk korang batak terkejar2 flight smpi disedut turbine engine flight.. dh ade berpuluh kes yg passenger lari tgh2 tarmac utk kejar flight.. klu tersedut jd daging kisar bro.. flight bukan sebijik jer berpuluh2.. bro.. klu masih nk pertikai hal kelewatan ni boleh rujuk terus kat IATA.. datang awai x kalut bro.. saya bukan golongan terpelajar sgt spm jer pun tp x bangsat sgt utk ambik tau hal n law undang2 penerbangan ni.. nk2 plak low cost commercial airlines.. belajar tggi2 jgn jd bebal..
P/s.. flight akan tetap terbang dan follow flight scheduled even klu hanye ade 10 org dlm pesawat sekalipun... n please be early next time..
February 21, 2014 at 11:40 PM
Apa kata sape yg ada pengalaman,kita bersatu dan buat PRESS CONFERENCE tentang masalah yg sama ini?
February 22, 2014 at 12:40 AM
KASTAM, Kastam, masa nak keluar mana ada kastam check, info tak tepat ni, saya terbang 3 kali sebulan dgn AA, dah tertulis di tiket 50mins sebelum terbang mesti dah checkin, kalau student tak reti baca dan tak tepati waktu mcm mana nak jd pemimpin nnt...
February 22, 2014 at 12:47 AM
Percayalah lago pada air asia....aku sememang tak akan guna air asia....kecualilah tiada pilihan lain...pilihan terakhir katakan
February 22, 2014 at 12:59 AM
Saya suka penerangan yang diberi oleh AnonymousFebruary 21, 2014 at 11:40 PM. Sangat jelas dan mudah dipaham walaupun penggunaan bahasa agak keras, sesuai utk dibaca utk yg bermasaalah itu.
February 22, 2014 at 2:06 AM
Setujuuu!!!!
February 22, 2014 at 2:09 AM
Ntah2 die ni org AirAsia. Backup lebih.
February 22, 2014 at 2:34 AM
Kalau 4 jam delay dah dapat free meal. Bertimbangrasa ler jugak air asia ni.
February 22, 2014 at 2:50 AM
Loud and clear explanation. Saya oun baru faham tentang aturan penerbangan. Terina kasih.
February 22, 2014 at 2:58 AM
Tak mungkin pintu kaca tu di tutup kalau masih ada passenger sedang beratur dalam Q. Ini mesti case muncul secara tiba2 setelah yg berbaris dah habis masuk. Lg pun kan sentiasa ada pengumuman "INI ADALAH PANGGILAN TERAKHIR UTK PENUMPANG PENERBANGAN XXX. SILA MENUJU KE GATE YY DENGAN SEGERA." Sebagai penumpang , kita tak harus alpa.
February 22, 2014 at 3:08 AM
Ya lah...seeloknya selepas check in luggage tu cepat2 lah masuk ke balai berlepas dan tunggu depan gate. Ini tidak. Pergi melepK merata, siapa suruh. Setiap penumpang memang ada cukup masa dari tempoh serahan luggage dan check in dan tempoh utk sampai ke gate. Blame lah diri sendiri. Jangan asyek menuding ke orang lain saja.
February 22, 2014 at 3:15 AM
Kih kih kih...letak word MAHASISWA tu mcm nk tunjuk dia bagus n 100% org kena setuju dengan dia la tuh...btw,lain kali MAHASISWA yg berkenaan tu kena sewa private jet lah nk travel pasni..bayar ciput tp nk dilayan mcm raja plak..lain kali check in n sampai kat boarding gate awal2..n tlg baca t&c kat tiket atau kat website tu..jgn igt if bergelar MAHASISWA, kebangangan tu terus hilang secara automatik dlm diri tu...hahaha..berani nk sampai last minute,so berani la tanggung risiko...mcm study last minute la,kna brani la tanggung risiko terima result nanti...
February 22, 2014 at 3:27 AM
X taula psl ak ni, tp crita psl flt x faham betoi knapa org suka dtg ngam2 time u tuk checkin, fyi naik kapal terbang bukan mcm naik bas, if airlines die dh ada slot untuk blepas drg x bole lewat to loose slot tu coz drg kene que blk just untuk take turn nk depart or landing, and setiap minit delay adalah minit kerugian coz cmpany kene byr Mab for every minit delay.. dr pemerhatian aq psl org2 naik kapal2 , sesete gah tu suka feeling nk msk lmbt2 ala2 vip tggu smpai nama kene sebut dua tiga kali baru nk muncul, kalau dlm kapal tu 140 boleh boarding awal kenapa anda tidak?? tepuk dada tnya selera...kene tepati masa kalau nk naik flt ni sbb drg x kan tolarate for ur delay tp kalau drg delay its ok coz they have reason n lagypon tu company drg.. just to b safe beli tiket tu , dtg awal 2 hours cekin coz counter akn tutp 45 mins before dept..knape tutup awal?? psl documentation cik abg kakak yg bijak sekalian.... walau u dh tercongok dpn tu tp kalau ctr dh tutp mmg x dpt nk nolong.... dh tau travel ramai2 lagylah kene dtg awal n seat tu tolong la arrange masa dkt ground jgn dlm kapal baru nk terhegeh2 sbb aq sbgai pax kdg2 myampah dgn group yg travel ni , mcm kapal tu drg je ada., hello we also pay..bg la laluan jgn korang pikir korang ja nk duduk... apa2 pon , renungkan mgkin ade jgk silap dr kita , dan mgkin dr airlines wallahualam..."be a smart traveler with class n attitude "sekian dr sy yg bkn mahasiswa
February 22, 2014 at 5:05 AM
pernah tggu flight yang sepatutnya fly pkl 8.30 pagi, tapi smpai pkl 11 blm fly. asyik announce "delay" delay" delay" . lepas tu aku ni ha dah la amek return tiket hari yang sama, sebab ade urusan. mase tu mmg dh bajet kaw kaw punya cantik. dah delay mmg delay la semua kerja. aku g mngadu kat org kat kaunter check in tu,
"cmne if aku tak dapat kejar flight malam tu, sebab dh beli return tiket and dah bajet mase"
dia boleh jawab, "dah kenapa amek return tiket, kami boleh buat ape2. awk setelkan la keje awk cepat kat sane, dan try sempatkan jugak, kalau x, cik kena beli tiket lain la"
haaa. cantik punya jawapan, aku terus call airasia service. saket pulek hati ni!
February 22, 2014 at 6:16 AM
Kastam or immigration yg lambat ni?
February 22, 2014 at 6:23 AM
Free meals abis klu airport di vietnam ade ke meals yg halal...fikirlah logik sikit...klu nak bg komen...say sorry pun takde...bila tanya kenapa delay jwpnnya no info from air asia...stupid answer....
February 22, 2014 at 7:30 AM
So far aku takdela pengalaman kena tinggal ke, kena tutup pintu ke watever pengalaman buruk naik flight ni. Yang penting time management la. Kalau international mmg 3 jam kena be at the airport. MAS atau AA sama je. Even aku naik MAS domestic flight 2 jam tu pun dah semput nak jalan g balai berlepas. So pengajarannya sebelum g travel kena ready awal. Kita x tau dalam perjalanan ke ada sstu berlaku. 1 lagi pasal delay ni pun penah kena. Cancel pun lagila sakit hati. Tp perkara ni x boleh dijangka so take it easy. Handle it profesionally. Mmg betul kalau org putih g travel dorang xkan lambat kecuali mmg ada emergency. So macam hidup gak. X dapat kita tau mcm mna seterusnya. Jadi tepuk dada tanya diri sendiri dulu sebelum tanya org lain. Just my two cents.
February 22, 2014 at 9:32 AM
Biase naik bas jer tu yg bangamg sgt...ntah betol ntah tidak citee die..klu da berator mustahil xbagi masok...mmg diorg da lmbt tu..g makan dulu..g shopping dulu...
February 22, 2014 at 12:23 PM
Masa aku kat US..aku tersilap time nak naik flight American Airline...flight aku sepatutnya 7.45 ptg..tp aku punya bangang ingat pkl 7.45 pagi sbb aku beli tiket murah online..tunggu punya tunggu tgk takder pun aku tengok flight 7.45 pagi..dlm pkl 730 aku tanya minah saleh kat kaunter.. "mana flight aku.. Dia jawab dgn sopan.. Incik punya flight 7.45 ptg sambil tunjuk time kat tiket aku..aku terus cakap "holy crap..aku ingat 7.45 pg"...terang2 salah aku..lepas tu dia cakap dia boleh bagi aku flight pkl 11 pg ke Los Angeles tp melalui flight route yg lain tp kena singgah kat Dallas sekejap..aku tanya ada charge extra ker..dia sambil senyum cakap jgn risau tak ada..aku cakap ok..takkan aku nak tunggu sampai mlm kat airport..
Moral cerita... Tgk bagaimana servis diorang..minah saleh tu boleh jer cakap "bukan masalah dia kalau aku silap time" kalau dia nak..walaupun minah saleh tu American kulit putih dan aku malaysian kulit coklat, elok jer dia cakap..dah tu terang2 salah aku pulak...Kalau org kita dgn mat saleh pandai ckp elok2... Kalau dgn bangsa sendiri, hampeh...
Bottom line.. Sikap tidak bertimbang rasa Air Asia mmg bangsat...
February 22, 2014 at 2:39 PM
Aku ingat kalau sebelah kaki dah masuk pun mamat tu tutup pa..sbb masa dah cukup....
February 22, 2014 at 4:43 PM
Saya dan kwn2 pun pernah mengalaminya. Walau beli tiket premium, mmg teruk sgt. Tapi kami terus bawak ke Tribunal Pengguna, dan akhirnya semua duit kami dipulangkan kembali. Cumanya, masa hearing tu sangat terkejut kerana dapat tahu yg AirAsia tak berdaftar pun dgn IATA. Jadi AirAsia x tertakluk kepada Convention Geneva. Anyway, fight for your rights. We dont talk much, we do a lot.
February 22, 2014 at 5:14 PM
air asia mmg banggang....lebuh duit aku 450 setengah kena beli tiket lain....lmbt sikit je pun...
February 22, 2014 at 6:31 PM
so far so good, tak penah lak ada masalah ngan air asia wpun dah berpuluh rasanya naik ngan air asia. cuma sekali flight delay from kl to bali. for me mmg lar kene sbr, dah nama pun tiket murah, sbb bila pikir balik. bukan nak salahkan sapa2x, time mgmt kene betul. dr byr tiket mahal2x, yg sekadar brp jam aje, baik byr murah utk tiket flight. duit lebih boleh shopping. byr nak murah, service nak terbaik ngalahkan business class, nothing come cheap in this world. anyway, air asia still dpt recognition the best budget airline kan. apa2x pun, we always have a choice.
February 22, 2014 at 6:34 PM
Hmmm yer la, bl dh terkena dgn air asia,kutuk air asia plk. Klu tak duk kutuk MAS. Skg sp y pnh kene tu br tau nak bersyukur ade nye MAS. Klu tak, kutuk makanan MAS, kutuk crew MAS. semua nak kutuk MAS.
February 22, 2014 at 8:44 PM
Kalau nak maki,maki je org yer..xperlu lah nk ckp pasal parents org tu..
February 22, 2014 at 10:06 PM
Ni la mamat yg jaga gate tu.kesian mak ayah die dpt ank cmtu. Bungol
February 22, 2014 at 10:57 PM
Seko lg bungol. Xbaca.
February 22, 2014 at 10:59 PM
Well, they're cheap for a reason. Do not expect much from AirAsia. Bayar pun murah, tak boleh expect tip top punya service. Saya pelik kenapa die tutup depan mata while u are still in the Q? Tu tak patut la.
February 23, 2014 at 5:50 AM
And of course mas is the best. Yg kutuk mas tu rasanya tak pernah naik mas kut.
February 23, 2014 at 5:51 AM
abah kite selalu pesan, naik bas ke,naik train ke,naik flight ke,jangan lambat.sebab dorang tak kan tunggu kalo kt lmbat.
tambah2 train & flight. lagi tak tunggu.
sebab bukan KITA je nak naik. satu flight mau ada 100+ orang nak berator untk boarding. kalau sayang duit, plan masa tmbh2 kita pergi as a group.
orang ni nak pi kencing la,nak beli air la, & so on.
bila jadi gini,jadi pengajaran la pada semua kan.biar kite tunggu dia.
February 23, 2014 at 6:24 AM
Nie puki air asia laa nie . Setakat lwt seminit bapak pukimak nk ttp gate . komen xpkai otak . nie macai air asia nie . cnfrm . dr cr cm pukimak komen
February 23, 2014 at 11:24 PM
Mangkuk sorg lagi badget ustaz nak ceramah tapi xabish baca . ker xtau baca . bangang nya kau kan
February 23, 2014 at 11:26 PM
Aku rasa budak yang naik flight ni first time dan kebudak-budakan. Cara buat dia luah perasaan pun dah ble tau. Mungkin dia tambah cerita nak tunjuk dia yang betul dan air asia yang salah. Budak ni langsung tak bgtau detail time. Prosedur untuk tak benarkan penumpang ialah dalam 10 minit sebelum waktu penerbangan, penumpang tak muncul2 kat pintu gate, dah panggil nama 2x pun tak datang lagi, staff gate akan maklumkan kepada ramp staff utk cari beg penumpang yang tak muncul lagi. so once bag dah jumpa, staff akan inform kapten, beg dah jumpa tapi penumpang tak muncul lagi. so kapten akan buat pengiraan balik kt load sheet dan meminta untuk tutup gate dan pintu pesawat. Kalo pintu pesawat dh tutup, penumpang baru terhegeh-hegeh sampai kat gate, memang tak boleh buka dah la walaupun kapal belum berlepas. Memang kapal tak berlepas pada time yang ditetapkan, sebab nk fireup enjin, pushback dan tunggu clearance dari tower untuk takeoff.. kalo patut depart 7.45, memang 7.55 baru takeoff tapi tetap akan sampai destinasi ontime punya sebab kapten ble speed up. Dan berkenaan beg tu bertukar, ni mesti booking group asing-asing, pastu g checkin sama-sama, pastu main longgok je beg depan kaunter, pastu cakap kat staff nak group checkin, lain kali beratur la sorang-sorang, baru beg ditag ats nama sendiri. Mana-mana airline pun sama ja, lain kali datang awal, nasib lcct tu kecik ja, kena airport besar bertingkat-tingkat. So jgn bodohkan diri sendiri dan juga cuba menegakkan benang yang basah. Kalo dah salah tu, ngaku jela.
February 24, 2014 at 6:07 PM
Air Asia memang servis teruk, tak semestinya bayar murah tapi takda langsung budi bahasa. Aku da kwn kt air asia keja checkin kaunter, jaga gate, jaga beg.. asyik mengadu stress sebab management tak pernah heran pasal staff kt bwh, diorg lebih jaga upper management, captain dan crew. Diorg tak heran kalau staf nak resign ke staf sakit ke..kalo MC kena potong gaji RM900 walaupun sehari.. Tu yg staf stress dan pelanggan la kena tempiasnya. kalo ada staf plan nak buat kesatuan pekerja, cepat2 org tu kena terminate. fuh..ganas.
February 24, 2014 at 6:21 PM
sy pun rs nak komen gak sbb sy pun pernah terkena ms still study dulu. ms tu nak g airport pun dah menghabiskan byk duit.. sampai kat klia (time tu AA msh kat klia), sy & kwn sorang tu dgn penuh semangat nya terus ke kaunter AA nak check in. Tp org kat kaunter tu ckp blm blh lg sbb jarak ms jauh (3 jam). so, km pun tgu la.. dah tu bl ckp jam, kt org pun g la check in. ok boleh, tp mmg slow la. sy nak bw beg msk, dia memula ckp x blh, kena cek in gak. sy trs trg g tau x da duit nak byr. last2 dia bg gak sambil mengomel "tak da duit buat pa naik kapal terbang" rs nak ja sy jwb ms tu, tp diam jer... sy ni bkn org kaya raya, naik flight pun sbb nak blk kpg. sy org sarawak, so nak tak nak terpaksa gak naik flight kan.. duit pulak dah hbs sbb naik teksi (tertinggal bas gara2 last minit ada paper). dah tu dijadikan cerita, flight tu delay, dr jam 1 ke jam 4. so... kita org pun g la mkn. br nak ddk mkn, dgr2 kena announce yg flight tu nak terbang. apalagi, bergegas la kt ke gate tu, dah la bsr, jauh.. berlari pecut time tu... sikit lg kena tinggal... bl sampai sy trs je tanya kenapa time cek in td d bagitau delay sampai pkl 4, ni pkl 1.30 plak berangkat... kat tv tu pun msh lg tertera delay... org tu jwb da dpt fly, fly lah.. BODOH btl jawapan tu.. nasib baik sempat. ms tu dgr2 ada la yg tertinggal, kesian org2 tu... nasib baik time tu sy alert, klu x kan ke terpaksa beli tiket baru. nak beli guna apa? bkn nya org berduit, makan pun kwn belanja...
February 24, 2014 at 6:53 PM
http://nmgnetwork.com/ainaziera
February 25, 2014 at 5:01 AM
Time management is very important. There should be no compromise nor tolerance when it comes to the time. And pls do not expect 'service' when you pay extremely low for flight. only Asians will complain even for something cheap! And no airlines wanna be delayed when the cost for aircraft's parking is fuckin expensive.. so be on time and remember you're not paying the lowest economy class of Emirates Airlines. Tq
March 1, 2014 at 12:08 AM
airasia sejak azali bengong... kapal dah tergenlincir kat rwy pun kerajaan dok cover up lg... kapal baru landing brake tak sejuk lagi dah takeoff... safety tarak....selalu ambik kesempatan atas MAS aku tgk plak tu.... ni KLIA 2 dulu gatal nak sangat... dah siap tak nak pindah plak.... yang kerajaan pun bagi muka sangat kat company yang tak mengaku malaysian ni....
April 7, 2014 at 1:31 AM
lambat seminit pun kira lambat jugak.. pandai pandaila sendiri sampai awal sikit
April 27, 2014 at 9:14 PM
Maaf, nak share sikit pengalaman saya naik flight malaysia airlines (MAS) tahun lalu. Waktu itu saya dari jakarta nak balik ke KL.
Ptg tu jalan jem nak ke airport. Salah saya sendiri sebab keluar lambat dari tempat kerja. Naik teksi terus ke airport.
Flight dijangka berlepas pukul 7.35 malam. Tiket saya kelas ekonomi. Harga biasa, bukan harga promosi.
Boarding gate akan ditutup 20 minit awal iaitu pukul 7.15pm. Saya pulak sampai kat kaunter MAS kat airport pukul 7.10pm.
Nak check in beg lagi dan nak beratur kat kaunter imigresen lagi... tak tau sempat ke tidak.
Sampai je kat kaunter MAS tu saya cepat2 tunjukkan pasport. Staf tu cakap maaf dah tak sempat sebab kaunter check in pun dah tutup untuk penerbangan MH 7.35pm tu.
So, saya hanya terima kenyataan dan saya dah ready kad kredit untuk beli tiket the next flight sekitar jam 9pm.
Tiba2 staf tu kata takpe encik boleh naik flight seterusnya jam 9pm.
Dia terus bagi tiket dan saya terus check in beg.
Tak kena bayar apa2. Saya sendiri pun terkejut. Saya ucapkan terima kasih pada staf MAS di kaunter check in itu (staf indonesia).
Mungkin ini jarang berlaku ye. Biasanya kita kena beli tiket baru sebab dah terlepas flight.
Boleh je kalau staf tu nak suruh saya beli tiket baru macam staf airasia tu. Tapi dia tak buat macam tu.
Mungkin rezeki saya hari itu...syukur Alhamdulillah.
August 5, 2014 at 12:42 AM
Malaysia Airlines kalau terlepas flight diorang akan bagi tiker free untuk next flight . Aku dah biasa kena dari China - Kul . Thankyou MAS . You are the best . Airasia mmg bangsat babi . Semua kena duit . Cilaka betul .
March 22, 2015 at 9:37 PM
Airasia dah banyak improve sekarang. Tak macam dulu. Saya banyak kali lewat sampai airport, salah saya sendiri, asyik salah tengok masa. Saya ingat departure tu adalah boarding, so memang lewat la. Tapi Alhamdulillah, masih boleh naik walaupun lambat..
November 3, 2015 at 6:07 PM
Airasia ada pro n con die. Klu tak nak tinggal flight kita kena sampai ikut waktu. International 3 jam be4 fly. Domestik 2 jam be4 fly. Kalau dating awal InshaAllah tak ada kes tertinggal flight. Pastikan siap2 check-in dalam website AA. Untuk return tiket boleh check in 14 hari sebelum fly. so, kat situ da jimat sangat masa. Tentang kekurangan AA yg tak bole tolerate tu semua orang dah tau. So, kita kena la ikut waktu yang dah ditetapkan oleh AA. Tak kan AA nak ikut wktu kita plak kan :-)
January 17, 2016 at 11:56 PM
Post a Comment