Selepas Air Asia mengambil kesempatan menggunakan isu nasi lemak ‘telanjang’ MAS, syarikat penerbangan tersebut dilihat menggunakan tarikh jualan promosi tiket Air Asia murah yang bermula pada hari ini (24 Februari 2014) pula sebagai modal untuk membalas dendam.mas-airasia
21 Februari lalu, MAS telah memuat naik satu status meminta agar pengguna bertindak BIJAK pada 24 Februari.
Kemudian dalam satu status lain, MAS menyenaraikan perkara yang perlu diambil berat oleh penumpang yang BIJAK adalah memastikan tiada kos tersembunyi yang perlu dibayar untuk cukai lapangan terbang, caj minyak dan bagasi apabila membeli tiket kapal terbang.
Terangan-terangan, ini merujuk kepada harga tiket penerbangan Air Asia yang biasanya akan meningkat pada akhirnya berbanding harga promosi selepas kesemua caj di atas dimasukkan.
Apa pun, status ini dilihat turut menjerut leher MAS kembali apabila ada pengguna Facebook yang menggunakan kesempatan untuk menyindir kerugian MAS yang diumumkan baru-baru ini.
18 Februari lalu, MAS diumumkan mengalami kerugian suku ke-4 berturut-turut untuk 2013 melibatkan angka RM1.17 bilion untuk sepanjang tahun tersebut.
Perkara ini turut mendapat komen pengasas AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.
Begitu pun, beberapa pengguna lain membela MAS kerana masalah kerugian syarikat penerbangan tersebut dikatakan tiada kena mengena dengan pekhidmatan mereka yang bagus.
Paling penting, persaingan akan mewujudkan lebih banyak peluang dan penambaikan yang menguntungkan pengguna, betul tak?
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
http://nmgnetwork.com/ainaziera
February 25, 2014 at 4:57 AM
Post a Comment