Menteri yang bertanggungjawab terhadap pepaduan dan integrasi nasional berkata semua pihak harus faham dan berfikir secara matang serta tidak mengambil tindakan sendiri kerana polis sedang menyiasat kes itu.
“Dia orang sudah buat laporan kepada polis, maka kita sepatutnya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
“Saya berharap mereka tidak akan melakukannya kerana orang yang bertanggungjawab dan berfikiran waras tidak akan berbuat demikian,” katanya dipetik Berita Harian selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Dhong Zong di Kajang hari ini, lapor Berita Harian.
Namun sebelum ini menteri yang tak layak menjadi menteri, Zahid Hamidi berkata “tiada apa yang hendak disiasat, kerana tiada ancaman.”
“Mengapa kita perlu siasat itu?
“Menampar bukan ancaman. Jika mereka kata bunuh barulah boleh dikatakan ancaman,” katanya selepas sebuah majlis di Penjara Kajang sebelum ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment