Dalam tidak sedar, bekas Juara Raja Lawak itu sebenarnya sering di’boo’ oleh penonton semasa membuat persembahan dan perkara itu secara tidak langsung melemahkan semangatnya.
Saya buat lawak sebenarnya adalah untuk dinikmati oleh semua orang. Tapi penonton sendiri datang dengan niat untuk sokong peserta kegemaran mereka sahaja dan bertindak ‘boo’ pada saya. Saya agak sedih, kalau orang lain kat tempat saya pun akan sedih.
Nabil Cabar Semua Peserta Bertanding SoloNabil dikatakan sudah hilang sengat dan tidak layak ke final
Saya penat buat persiapan seminggu, hati menangis ni dan naik je pentas kena ‘boo’ pula. Apa perasaan saya? Itulah bezanya penonton di Malaysia dan luar negara. Apa yang mereka tak nampak adalah saya buat persembahan solo lawan dengan peserta berkumpulan, dan saya masih mampu layak ke final.”
Dalam temubual yang sama, Nabil turut mencabar kesemua peserta berkumpulan untuk masuk pertandingan itu secara solo pada tahun depan dan buktikan kehebatan masing-masing.
“Kalau setiap orang masuk solo tahun depan, kita boleh tengok siapa kelakar, siapa tak kelakar. Saya bukan nak cakap saya hebat, tapi saya masih boleh bertahan sampai final. Jadi saya cabar semua pelawak masuk solo.
Sebenarnya situasi industri kat Malaysia ini lebih kepada populariti daripada kuailti. Kalau masa itu, nama tengah naik, buat apapun orang akan gelak. Tapi, bila dah tak berapa popular macam saya, buatlah lawak macam mana pun, orang akan tetap rasa ianya hambar.”
Walaubagaimanapun, Nabil bersyukur kerana masih memiliki peminat yang masih mempercayai bakatnya dan menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh mereka.
“Rezeki saya datang dari Allah. Saya tak pernah undi diri sendiri. Saya baru pertama kali ada kelab peminat dan itu pun mereka buat secara sukarela.
Saya sangat berterima kasih sebab mereka banyak bagi sokongan pada saya. Jadi, sekarang ini saya buat lawak untuk diri saya sendiri, keluarga saya dan mereka yang menyokong saya.”
Dalam pada itu, Nabil memberitahu bahawa dia bakal menjalani penggambaran drama terbarunya, ‘Strawberry Karipap’ di Paris pada bulan Mac ini. Mengambil kesempatan yang ada, Nabil juga akan membawa keluarganya bersama-sama di trip tersebut dan merancang untuk bercuti lebih lama di sana
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 9 comments... read them below or add one }
sabar la yo nabil..den totap sokong ekau.
February 3, 2014 at 11:15 PM
Malaysian memang takde taste pada lawak solo. Semua nak spastik je. Dah tu, tak open minded pulak.
February 3, 2014 at 11:38 PM
Den syg nabil....den sokong kau jang
February 4, 2014 at 3:31 AM
Polak den ngan kau ni bang bel...monyalak yo...copek boto ko melantun
February 4, 2014 at 3:47 AM
Kalau da tk lawak tkkn org nk gelak.. harith iskandar ok jekkk... ni sampai lawak ke der sama jekk lawaknyaa.. kne kutuk tuu pk laaa.. bkn pi cabar org suruh jd peserta solo... booo..
February 4, 2014 at 6:17 AM
yola jang,den paham prasaan ko. dh, jgn nangih2, nnti den beli karipap strawberry kek ko yo..
February 4, 2014 at 12:59 PM
Den pun sbonar ea x minat kek nabil ni, tp takyah la smpai boo dio.. try korang msk rajalawak tgk.. bukan rajalawak,audition pun blum tontu dapek.. bukan sonang wei nk ckp depan ribu riban org tu..apatah lg blawak..
February 4, 2014 at 1:04 PM
Macam la ko tu terer sangat solo....Seterer terer ko ada lg yg terer tau!
February 5, 2014 at 12:22 AM
Sudahla kau nabill. Kau yang pilih kan untuk masuk solo. Sape suruh? Ade orang suruh ko masuk solo ke? Tu pilihan kau sendiri. Kau tu tak layak pon final. Mujur ade lagi peminat kau yg still undi kau w/pun kau tu xlawak pon. Tu sebab sampai final. Undi kesian je tu.. Tiap2 kali nak wat persembahan mesti nak mention "satu2nya peserta solo" tak yah cakap tiap2 minggu boleh x? Annoying k..
February 19, 2014 at 11:50 PM
Post a Comment