Ternyata bukan mudah menjadi anak seni, lebih-lebih lagi apabila bergelar seorang pelawak yang bertanggungjawab menghiburkan hati penonton. Perkara yang sepatutnya hanya menjadi modal bahan lawak telah diperbesarkan tanpa menggunakan alasan yang relevan.
Baru-baru ini, Nabil telah dikecam hebat oleh peminat apabila menjadikan Luna Maya sebagai salah satu ‘punchline’ dalam lawaknya. Lawak ‘double meaning’ yang dilakukan oleh Nabil pada masa itu mengundang kontroversi dan dia didakwa telah memburukkan nama aktres Indonesia itu.
Tindakan Nabil menggunakan Luna Maya sebagai ‘punchline‘ telah mendapat kritikan ramai
“Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.
Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa.”
Nabil turut memberitahu bahawa pihaknya tiada sebarang masalah dengan Luna Maya dan tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadap pelakon tersebut.
“Saya dan Luna Maya tidak pernah bercakap langsung. Saya hanya jumpa dia semasa dalam pertandingan, dia bagi komen saya dengar. Peminat mereka ini yang lebih sudu dari kuah sebenarnya.
Orang yang membenci ini memang selalu ada. Saya tak peduli lah pasal hal ini sebab saya yakin yang undi saya bukan dari kalangan mereka, peminat saya yang undi. Haters will still hate, lovers will still love.”
Dalam perkembangan lain, Nabil turut memaklumkan bahawa cawangan pusat gimnasium kesihatannya yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam akan mula beroperasi pada bulan Jun hadapan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 11 comments... read them below or add one }
ko kena terima kritikan nabil, dan ko juga kena muhasabah diri yg lawak ko tu dah tak lawak sgt dah, bnyak recyle jek. cuba ko tngok balik lawak2 ko tu. dah x fresh dah.
February 3, 2014 at 1:23 AM
huat lawak bodo je. Cube ko tgk plawak2 laen. Ko da terlalu selese melaw ask. Tu jd cmni. Klu nk enjoy lawak bofo xyh masok prtndingn. Mnggngu je
February 3, 2014 at 1:30 AM
Dah la bodo nak menyalak cakap org tak pandai menilai... mustahil pokok bergoyang kalau angin tak bertiup... ko pikir satu je la nabil... rata2 komen penonton seia sekata dgn lawak bodo mengaibkan org... kalau org buat lawak kutuk kisah silam ko.. ko rasa terganggu tak?
February 3, 2014 at 1:38 AM
Bang biL oi....ko ckp xbt lawak double meaning konon...hbis tu apesal lam bnyk2 jurik ko pilih luna....ko punya lawak mmg suka mngata org la cuba ko cek balik....
February 3, 2014 at 1:43 AM
Ye lahl....ko kat lawak ke der lg laa...duk kutuk org je...lawak da bnyk recycle da...ye lah bukan senang nak melawak sorang2 kannn...lantak dek kau lahhh...hehe...
February 3, 2014 at 3:21 AM
Sobar bil,biaso la org mmg suko boceghito hal org len.mmg lawak ko tu x patot sobab bukan yo ko aibkan dio, koluago dio n jgk negaro eh.maghin mungkin kelaku eh mcm betino jalang n tu dio konp jawap la kek akhirat sok n ko blaja dn terimo yo ko dh buek silap.len kali guno la otak skt.camnopun den totap sokong ko sobab ko warikh den dn ekau pon dah bosa panjang.memotik kato ko yo "lu pk la sendiri!?"
February 3, 2014 at 5:37 AM
Btw nabil kalo den nak nak jadik member ko pusek gym ko.ado rhogo utk warikh2 tak??????????
February 3, 2014 at 5:46 AM
Nabil ramai peminat dio & den raso lawak nabil ok lah boleh buek org ramai 2 geli & ikut suka hati ...ha..he..he.hhaa....lu punya suka bro & undi nabil ramai2 & remember trade mark waris nabil is lu fikir la sendiri & gua give u 4 star bro ha.he.hi.he.ha.he.hi. & zzzzz zzzz
February 3, 2014 at 6:19 AM
Cor ko wat lawak bahaso nogori bil...den raso lai terangkek tuk final nanti...sobab kek situ kekuatan lawak ko...
February 3, 2014 at 8:12 AM
Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tak kisah pun. Jadi, kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa.” - well bro...if its wrong then its wrong...bukan kira kenal org indonesia tu ke tak...aku minat tgk lawak2 ko tp since malam tu partner ko is harith iskander too bad la ko terjerumus dalam kancah dia cz dia mmg dikenali dgn lawak double meaning and bashing sana sini... what has been done cant be undone bro...
February 3, 2014 at 1:43 PM
Post a Comment