ONEXOX
BannerFans.com

Punca pelajar mati gantung diri di Kok Linas mungkin kerana dirasuk jin

on Monday, February 3, 2014

KOTA BHARU - Pengasas Pusat Perubatan At-Tobibi, Datuk Shamsuri Shafie tidak menolak kemungkinan pelajar yang mati tergantung di sebuah sekolah di Kok Lanas, Disember lalu berpunca daripada kerasukan.

Menurutnya, berdasarkan beberapa faktor dikenal pasti termasuk gangguan yang berlaku ke atas beberapa pelajar sebelum dan selepas itu, beliau yakin kejadian di luar jangkaan itu bukan angkara gangguan jin dan syaitan.

“Pelbagai spekulasi tersebar sebelum ini sehingga ada mengaitkannya dengan buli dan bunuh diri, namun saya menolak kemungkinan tersebut, sebaliknya berpendapat ia kes kerasukan,” katanya kepada Sinar Harian ketika hadir memberikan rawatan secara sukarela di sekolah itu, di sini, semalam.



Hadir sama, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah dan Pengurus Cawangan Sinar Harian Kelantan, Surena Mohd Noor.

Shamsuri berkata, agak pelik jika pelajar yang menghafaz al-Quran dan datang dalam kalangan yang terpilih bertindak sedemikian jika tidak dipengaruhi oleh unsur lain.

Sambil mencadangkan agar satu kaedah untuk memperkukuh kerohanian dibuat, Shamsuri berkata, ia penting bagi membantu memulihkan semangat pelajar di sekolah itu yang rata-ratanya masih trauma dengan keja-dian tersebut.





“Kejadian ini adalah fenomena biasa, walau apa pun saya mengharapkan agar pelajar di sini akan terus melakar kejayaan demi kejayaan, sekali gus kembali cemerlang dan mampu melahirkan ilmuwan di peringkat tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, KMK sentiasa prihatin terhadap kesulitan dihadapi orang ramai dan dalam kali ini bergandingan dengan Pusat Rawatan At-Tobibi untuk sama-sama membantu memulihkan semangat pelajar di sekolah itu.

Dalam pada itu, difahamkan sekolah yang mempunyai lebih 400 pelajar itu tetap menjadi pilihan pelajar dari dalam dan luar negeri apabila kemasukan pelajar sesi ini meningkat berbanding sebelum ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

CheguZam said...

Aduhhh.... kena buat siasatan lanjut. Takan ibubapa pelajar sanggup terima anak dirasuk jin.. tapi kalau ketentuan tuhan..redha je lah
http://cheguzam.blogspot.com


February 3, 2014 at 5:18 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved