ONEXOX
BannerFans.com

Sayu, Warkah Maaf Daripada Ammar Buat Ibunya Yang Ditahan Di Sweden

on Thursday, February 20, 2014

Surat permohonan maaf yang dihantar oleh anak lelaki pasangan suami isteri rakyat Malaysia di Sweden yang berusia 12 tahun itu, menyentuh hati ramai orang terutamanya Shalwati Norshal. Azizul Raheem Awalludin , yang menjadi pegawai Pelancongan Malaysia di Sweden, dan isterinya, Shalwati Norshal , didakwa secara berasingan di Solna daerah mahkamah hari ini dengan pelbagai tuduhan mencederakan empat anak-mereka yang berusia di antara 7 dan 14 tahun.

Pegawai Kedutaan Malaysia , adik-beradik Shalwati dan beberapa rakyat Malaysia yang tinggal di sana hadir untuk memberi pasangan itu sokongan moral. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Tourism Malaysia , Datuk Mirza Muhammad Tayeb.




” Ibu, saya minta maaf. Disebabkan kemarahan saya, semua perkara ini berlaku. Saya akan sentiasa menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubah itu. Saya akan sentiasa menyayangi ibu. “ – Ammar ( anak kedua pasangan itu )

Peguam Shalwati iaitu Kristofer Stahre memberitahu mahkamah bahawa surat itu ditemui di rumah pasangan itu di Spanygayagen ketika pemeriksaan di rumah di mana dakwaan memukul dan serangan terhadap kanak-kanak yang dikatakan telah berlaku. Pasangan ini telah dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Peguam Shalwati berkata, adalah sukar bagi Ammar untuk bertolak ansur dengan tekanan diminta oleh ibubapanya untuk membantu mereka di rumah, yang menjadikan dia benci kepada ibu bapanya. Tambahnya lagi, Ammar juga merupakan seorang yang suka mencari perhatian dan juga membesar-besarkan cerita. Stahre juga menyerahkan bukti komen yang dibuat oleh Ammar kepada seorang rakan sekelas melalui Skype,mengenai betapa dia membenci ibu bapanya.

Sementara itu , Shalwati kelihatan gembira melihat adik-adiknya dan seorang saudara hadir di mahkamah. Dia juga sangat emosi apabila melihat suaminya Azizul , di dalam pakaian berwarna hijau dan bergari. Dua peguam lain , Johan Kallus dan Clara Hjort , turut hadir untuk membuat tuntutan ganti rugi terhadap pasangan itu jika mereka didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Rakaman Video Ammar kepada Polis

Menerusi rakaman video yang dibuat oleh polis Sweden pada Disember lalu, Ammar berkata dia dipukul ‘lebih seribu kali’ dalam masa setahun. Ammar turut mengaku ibunya Shalwati Nurshal sering memukulnya apabila dia menghentak-hentak kakinya atau menonton video di YouTube dan tidak bersama keluarga untuk makan malam.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin iaitu pengarah Tourism Malaysia di Stockholm, dibicarakan pada hari kedua di Mahkamah Daerah Solna di sini atas tuduhan mendera anak-anak mereka.

Ammar yang kelihatan gementar pada permulaan video itu bertanya jika ibu bapanya akan mengetahui mengenai temuduga tersebut.

“Saya rasa selepas ini ibu bapa saya tidak suka saya, tidak sayang saya. Saya bimbang ibu bapa saya akan pukul jika mereka tahu saya tidak di sekolah,” kata Ammar (temuduga telah dijalankan oleh pihak polis semasa waktu sekolah dengan kebenaran penolong guru besar).

Ammar menerangkan tiga insiden yang menyebabkan dia dipukul iaitu memasang muzik dengan kuat ketika dia sepatutnya menyiapak kerja rumah; apabila bergaduh dengan kakaknya Aishah semasa hendak ke sekolah dan ketika dia belajar al-Quran dengan ibunya.

Shalwati dan Azizul Raheem kelihatan suram semasa menonton temuduga yang dipertontonkan ketika perbicaraan itu dengan Shalwati menggigit bibir dan suaminya menundukkan kepalanya.

Apabila ditanya jika adik-beradiknya turut sering dipukul, Ammar mendakwa mereka hanya dipukul kadang-kadang jika dibandingkan dengannya.

Walau bagaimanapun, Ammar beberapa kali menyebut bahawa dia ‘layak dipukul’ kerana menurutnya hukuman itu dibuat kerana tindakan yang sering melakukan kesalahan.

Apabila ditanya siapa yang menentukan hak untuk dia dipukul, Ammar berkata dia yang menentukannya sendiri.

Perbicaraan disambung pada Khamis.

Dakwaan

Pegawai pendakwaan,  Arnell bermula dengan mengemukakan tuduhan terhadap Shalwati , bermula dengan dakwaan menggunakan penyangkut baju , kayu atau penyangkut kot dan pemukul permaidani untuk memukul anak mereka. Beliau juga menggariskan tuduhan terhadap Azizul , termasuk menampar Ammar sehingga jatuh ke lantai dan pukulan pada badannya ketika dia berada di atas lantai. Bagi pertuduhan lain, beliau berkata Azizul memaksa Ammar untuk duduk di satu sudut lebih dari lapan jam tanpa makanan.

Gantirugi

Kallus membuat tuntutan gantirugi untuk Ammar , dengan tuntutan sebanyak RM49,100 ( Krona Sweden 96,200 ) kerana didakwa melanggar integriti, penderitaan mental dan fizikal Ammar. Bagi anak pasangan itu yang lain, Adam , 11, jumlah tuntutan ganti rugi adalah RM27,500 ( Krona Sweden 54,000) , Arif , 7, RM31,600 ( Krona Sweden 62,000 ) dan anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun , Aisyah , RM31,600 (Sek 62,000 ).

Perbicaraan itu dijangka berlangsung selama 10 hari. Keterangan dalam kes termasuk sembilan jam rakaman polis dengan anak-anak pasangan itu.

Nasi sudah menjadi bubur

Seperti peribahasa di atas, kes ini semuanya bermula daripada pertembungan budaya serta sikap anak-anak yang sering memberontak. Seperti semuanya sudah terlambat untuk Ammar mengakui kesilapannya. Apapun, kita doakan pasangan Malaysia, Puan Shalwati dan En. Azizul dilepaskan daripada semua pertuduhan. Semoga kes ini menjadi iktibar kepada setiap keluarga di negara ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 11 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

anak-anak seawal usia begitu seharusnya ditinggalkan di Malaysia kerana bila berada di luar negara sukar untuk membentuk kerana faktor persekitaran


February 20, 2014 at 3:59 PM
Anonymous said...

Kt Malaysia ni bdk skolah rendah pn dh pndai rogol org... hrmmmm.. seswai sangattt...


February 20, 2014 at 4:21 PM
Anonymous said...

Mak ayah mana x marah klu anak asyik melawan cakap, degil, keras kepala.. Ada sesiapa boleh bersabar dgn perangai buruk budak tu? Klu sy jd maknya pun budak tu akan dipukul gak. Itu cara terakhir nak menyedarkan perangai buruknya.


February 20, 2014 at 5:22 PM
Anonymous said...

Ibu bapa perlu lebih bijak. Bkn xbuleh pukul. Tp justify laa.. kenapa anak d hukum. Berdiri 8 jam lt 1 sudut tu. Ape yg dapat? Anak keliru. Bile anak keliru. Xphm. Dia benci mak abah. Bile benci dia memberontak. Tp ammar masih lg boleh d bentuk. Masih hijau. Rasulullah pon menghukum dgn kasih syg. Semoga jd iktibar utk kita semua ;)


February 20, 2014 at 5:26 PM
Anonymous said...

Moga bila ammar besar nt dia tau kenapa mak,ayah buat macam tu....


February 20, 2014 at 7:07 PM
Anonymous said...

Adakah emosi Ammar akan terganggu sekiranya mak n ayah d penjarakan krn kenakalannya? Issue ni da world wide.


February 21, 2014 at 12:41 AM
Anonymous said...

ala bdk2 cerita lebih..nak tarik perhatian kwn2 dn lain..last sekali mak ayah jd mangsa..


February 21, 2014 at 8:15 AM
Rednish said...

budak ni hantaq umah anak2 yatim ja.bela buat susah ja.la kena penjara nanti nak kena apa pulak tak tau la.anakku sazali pon xteruk macam anakku amar ni


February 21, 2014 at 8:40 AM
Anonymous said...

If yes mnt ngra sweden byr gntirugi pula


February 21, 2014 at 9:39 AM
GOAT-MAN said...

Hantar ammar tu sekolah pondok...biar dia rasa...dan dapat bentuk peribadi yg soleh


February 21, 2014 at 12:39 PM
Anonymous said...

Yes u r rite..utk membentuk rohani nya


February 21, 2014 at 3:13 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved