ONEXOX
BannerFans.com

SEBARKAN! Pekerja Petronas Warga Bangladesh Dedah Taktik Penipuan Cashier Di Kaunter

on Tuesday, February 25, 2014

Salam, cuma nak kongsikan pengalaman saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas Jalan *******, ******.

Pada jam 6.45 petang, saya berhajat mengisi minyak kereta di situ selepas selesai servis kereta untuk balik kampung. (servis kereta RM500 terbang...)

Selepas parking di pam, saya pergilah buat pembayaran kat cashier. Pada masa itu ada dua orang cashier perempuan. Seorang berkulit cerah dan seorang lagi berkulit agak gelap sedikit. Saya nak isi minyak RM60, jadi saya hulurlah sekeping RM50 dan sekeping RM10 pada cashier yang berkulit gelap sedikit tersebut.

Kemudian, datang seorang pekerja Bangladesh pakai kopiah tolong pam minyak kat kereta saya. Sambil tunggu minyak siap di pam, saya duduk tepi kereta tengok meter pam itu naik dan tiba-tiba berhenti di jumlah RM50. Saya hairan, terus tanya pekerja Bangladesh itu kenapa RM50 je.



Lelaki Bangladesh itu tanya, "abang bagi kat cashier yang mana?". Terus saya tunjuklah cashier perempuan yang berkulit gelap sikit itu tadi.

"Owh, itu perempuan tara guna punya melayu. Suka curi duit orang. Orang bagi RM30, dia tekan RM20 dan lagi RM10 dia sapu kalau driver tak perasan.

"Hari-hari banyak kali jadi ini macam abang. Ada customer perasan salah nombor macam abang, terus bagitau. Kalau jenis yang tak perasan, duduk dalam kereta, siap pam dan terus pergi, duit itu masuk dia punya poketlah.

"Saya pun islam, tapi saya tak suka makan duit orang. 1 sen pun itu duit orang tapi ini perempuan melayu la, kata islam tapi selalu makan duit orang.

Terkedu.. saya terus bertanya, "tak ada orang report ke kat bos you ke?"

Jawabnya, "bos ada di lagi 1 stesen pam. Sini jarang-jarang bos datang. Susah orang mau report. Ramai yang marah-marah, tetapi lepas dia masuk semula yang tak cukup itu, driver tu diam saja"

Selepas mendengar cerita lelaki itu, saya terus pergi ke cashier semula dan memaklumkan pada dia pam minyak tak cukup RM10 .

Perempuan itu dengan selambanya, "Sorry silap tekan".

Jika melihat pada gaya dan lenggok dia bercakap, saya perasan yang dia pada awal sememangnya tahu yang saya bagi RM60. Tetapi dia masih nak cilok duit saya RM10 kalau saya tak perasan.

"Dah lama buat kerja HARAM macam ni? Bentak ku..

"Sorry bang, saya silap tekan tadi." - jawabnya.

Mujurlah saya perasan, kalau tak, confirm perempuan tu dah curi duit saya. Entah berapa ramai yang telah menjadi mangsa pekerja yang tidak bertanggungjawab ini.

"Nasib baik saya perasan, berapa ramai yang dah jadi mangsa kau?

Aku gertak untuk laporkan kejadian ini pada pihak berkuasa namun terbantut bilamana dia mula meminta maaf.

"Bukan minta maaf kat saya, awak patut minta maaf pada orang yang dah jadi mangsa awak."

Dia terus senyap dan saya terus blah sebab nak mengejar masa, nak ambil anak lagi di rumah pengasuh.

Nasib baiklah saya ni jenis yang duduk tepi kereta tengok meter pam setiap kali isi minyak. Kalau jenis yang suka duduk dalam kereta, sukalah perempuan tu curi duit orang. Entah berapa ramai yang dah jadi mangsa dia.

Jadi, untuk peringatan kepada para pembaca di laman ini, hati-hati bila isi minyak tak kira di mana-mana stesen minyak sekali pun. Pencuri boleh ada di mana-mana.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 19 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kalau betul, bgtahulah petrol pump kat mana?


February 25, 2014 at 6:20 PM
Anonymous said...

boleh report kat mesralinks... beritahu stesen mana, dan nama pekerja tersebut...


February 25, 2014 at 8:55 PM
Anonymous said...

Bagitau setesen mana . Untuk saya lebih hati hati ,


February 25, 2014 at 9:02 PM
Anonymous said...

nk suruh sebarkan... tapi rahsiakan tempat!!! what the helll!!


February 25, 2014 at 9:08 PM
Anonymous said...

x perlu tmpt...d mana2 stsen myk leh jd...


February 25, 2014 at 9:20 PM
Anonymous said...

Temberang yo bg la tau kek mno kn sonang


February 25, 2014 at 9:28 PM
bujeng said...

penah kena juga kat BHP.. melayu juga mau songlap RM10 sib baik perasaan jawapan sama gak lah salah tekan .. buar kerja biar jujur baru rezeki berkat .. peringatan untuk kita semua.


February 25, 2014 at 10:25 PM
Unknown said...

Report je kat mesralink 1300888181


February 25, 2014 at 11:06 PM
Anonymous said...

Tujuan asal adalah utk peringatan supaya kita lebih peka & berhati2... buka je kat pump station, malah kat mini market dan lain2.. selagi ada manual operatur mcm kes kat atas, selagi tu la kita kena hati2.... tabiat panjang tangan ni payah nk bendung melainkan kerjasama dri bos dia..


February 26, 2014 at 1:06 AM
Unknown said...

Kawan saya selalu pergi belakang Petronas, dia buang air besar...


February 26, 2014 at 1:41 AM
Unknown said...

Bagitau d mana kita org ne selalu pusing jln banyak tempat nak sebar apa kalu cam ne


February 26, 2014 at 10:23 AM
Anonymous said...

Kalau yer lah sebagai peringatan and leh jadi Kat mana2 stesen...jgn lah nak propa guna nama petronas. Ni smua cilaka punya org nak menjahanamkan brand2 lain. Buat blog biar natural. Guna general peteol pump..bukan highlight PETRONAS. pastu suh sebarkan..


February 26, 2014 at 10:28 AM
Anonymous said...

pernah gak terkena..byr kat luar jer..bg rm100...smbil ec dia borak2 ngan kita..bila tanya baki dia ckp dh bg.."o dh bg ek?"..sy pun mcm blur2..smpai umah cr xder pun duit baki 2 sbb dlm beg ngam2 ada rm100 je...mknanya dia dh menipu..


February 26, 2014 at 4:39 PM
Fauziah Samad said...

patutlah kekadang suami saya isi minyak, saya perhatikan km yang dapat tu sangat berkurangan atau berbeza! Mungkinkah....


February 26, 2014 at 10:16 PM
hadididin said...

Cuba isi dengan liter ... bukan dgn ringgit ...
contoh: RM 21.00 = 10 liter ... lagi senang nak monitor mileage & tahu kite jumlah minyak yg ada dalam tank.


February 26, 2014 at 10:21 PM
Anonymous said...

Paling mudah minta resit lepas bayar.. klu isi penuh pun minta resit.. resit pun pastikan check tarikh, waktu pada resit dan no pump


February 27, 2014 at 6:04 AM
Anonymous said...

Bangla kat kemaman suka sebat duit org. Bayar RM30 dia isi RM20 jer. Pg la test, lepas tu pakat belasah dia ramai2.


March 11, 2014 at 8:32 AM
Anonymous said...

btol..ni peringatan untuk kite.24/7 days kne berhati-hati dlm sgale urusan seharian kita hatta nk kencing berak lam toilet awam skalipon.beware je la da bg precaution cmni.


March 19, 2014 at 4:34 AM
Johan said...

apapun, perlu lebih hati2


April 3, 2014 at 9:09 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved