Beliau berkata perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN Datuk Teo Yen Hua selepas melakukan lawatan kerja ke ibu pejabat SAINS di sini pada Jumaat untuk mendapatkan perkembangan terkini bekalan air di Negeri Sembilan.
Perbincangan sejam diadakan bersama para pegawai SAINS dengan disertai lebih 10 pegawai SPAN dan disusuli lawatan tapak ke Empangan Sungai Terip serta loji rawatan air Ngoi-Ngoi, Empangan Triang dan berakhir di muka sauk Petaseh bagi meninjau keadaan semasa yang dihadapi berkenaan masalah bekalan air di negeri ini, katanya di sini Sabtu.
Kerajaan Negeri Sembilan membuka bilik gerakan bencana di Seremban sejak Ahad lepas berikutan masalah kekeringan sumber air mentah di Sungai Batang Penar, Pantai dekat ini kerana cuaca panas berpanjangan.
Gangguan bekalan air itu melibatkan kawasan Seremban Barat iaitu Taman Nusari Bayu, Taman Nusari Aman, Taman Sendayan Indah, Taman Cederawasih, Mambau, Taman Kelab Tuanku dan Bukit Sendayan.
Bagaimanapun, bekalan air di kawasan berkenaan telah dapat dipulihkan setelah SAINS mengaktifkan pelan luar jangka dengan menghantar lori tangki dan meletakkan tangki statik di kawasan terjejas serta menyalurkan air dari loji Kuala Sawah ke Seremban.
Norzita berkata SAINS sentiasa mencari dan melaksanakan alternatif bagi mempelbagaikan sumber bekalan air agar pengguna mendapat agihan bekalan air terawat seperti biasa.
Katanya SAINS menggalakkan pengguna yang memerlukan bantuan atau ingin melaporkan aduan agar menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment