ONEXOX
BannerFans.com

Tak percaya susahnya PBS bagi guru-guru, lihat gambar-gambar ni...

on Saturday, February 22, 2014

Ada yang terpaksa mengendong anak untuk menyusu kerana ingin menyiapkan fail PBS diluar waktu kerja. Guru-guru juga menjadi kerani dan penjaga stor kerana fail-fail PBS. Senyuman guru pun dah tak menjadi kerana PBS.






Kita minta kementerian tukar kerjaya guru-guru dari mengajar ke penyusun fail, tak perlu mengajar lagi.

Ada juga yang berkata, selepas ini mungkin ada berita guru meninggal kerana tertimpa fail dan rak PBS.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 58 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Spare ayaq seamaster la byk sikit...dahaga tau buat kerja...mintak PIBG sponsor...


February 22, 2014 at 6:28 AM
Anonymous said...

dulu... masa itu emas... sekarang tidak lagi... sebab emas boleh dibeli kalau ada duit... sekarang... masa itu duit... duit boleh dibeli??? setiap minit cikgu yang berada disekolah dibayar... jadi takdak lagi masa nk berpoya2.... kerja3.. PRODUKTIVITI...


February 22, 2014 at 6:52 AM
Anonymous said...

Macam buat 5S je ni


February 22, 2014 at 7:18 AM
Anonymous said...

mana hang tau setiap minit cikgu di sekolah dibayar?? .. kalau cikgu setiap minit di sekolah dibayar dah kaya raya cikgu woii.. hang xnmpk ka cikgu kendong anak , hang ingat tuh waktu bekerja ka??


February 22, 2014 at 7:29 AM
Anonymous said...

Tu blom kira yg duk berjaga mlm psl nk key in markah dlm sistem online.kalu nk kira minit, mmg kaya raya cikgu2


February 22, 2014 at 7:47 AM
Anonymous said...

Kalo org keje ofis pon tkdenye dk bekerja setiap minit setiap saat...msti ade gk dk berpoya-poya tu...jgn nk ckp cikgu tkde produktiviti..mase lapang cikgu xmasuk kls kene tanda buku2 bdak kalo xtahu jgn cpt nk melatah...cikgu mengeluh sbb core business cikgu MENGAJAR bkn jd kerani buat filing itu dn ini...hrp2 fhm la...


February 22, 2014 at 8:15 AM
Anonymous said...

Klu ya pun buat 5s mmg bebanan jg kpd guru...5s langsung tak ada kaitan dgn p&p... baik guru kerja bhg pembersihan...


February 22, 2014 at 8:27 AM
Anonymous said...

kalau yang tak pernah jadi guru and laksanakan PBS...masih ada peluang nak jadi guru ganti...mehla try, sekolah area selangor banyak nak pakai guru ganti ni....


February 22, 2014 at 9:13 AM
Unknown said...

life seorang guru ya.. saya guru kelas.. mengisi data murid dlm sps, ssm,buku rekod kedatangan, dll. mengajar untuk tingkatan 5 kelas peperiksaan,tingkatan 4, tingkatan 2 PBS, kena isi markah... Unit beruniform, persatuan bahasa yg ada pertandingan contoh bahas ala parlimen,, permainan bola tampar ada pertandingan, jadi waden lagi yang terpaksa tidur di asrama seminggu sekali, ada kelas tuisyen wajib sekolah waktu petang dan malam,, tak cukup lagi event sekolah peringkat negeri, daerah, sekolah kena buat teks ucapan lah jaga jamuan lah... kerja yg dikendong tak siap2 yg mendatang... sentiasa ada.kadang kala tak tahu mana satu.. jawabnya kena gi klinik... darah tinggi kencing manis, stress..dapat gaji pun .. takdpt cover kesusahan yg kami tanggung .. terkejar2.. berhari2 kat sekolah.. lepas tuuu kena pulak ceriakan sekolah... kelas............pengsan masuk wad


February 22, 2014 at 1:43 PM
Unknown said...

tak termasuk lagi.. tanda kertas dan nak kena observe..


February 22, 2014 at 1:47 PM
Anonymous said...

Saya kena hadir latihan dlm perkhidmatan hr sabtu.. Trpaksa byr overtime nursery utk jaga ank kecil sy... 2 org ank ---> rm75..


February 22, 2014 at 4:05 PM
Anonymous said...

Setuju ngan athirah. Sampai tk tahu nk buat yg mana dulu. Buat yg ni ingat yg tu. Buat yg tu ingat plak yg ni nk kena siap jugak. Memang stres. Tekejar kejar. Tiap hari bw balik keje ke rumah. Siang keje mlm pun keje lg. Realiti keje guru.


February 22, 2014 at 4:12 PM
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Apepun anda tetap guru..terima kasih..
Tanpa pengorbanan guru..siapa lg yg nk berkorban utk anak bangsa..
Guru dahulu jg telah berkorban shgga lahir anak bangsa spt skrg..
Keringat anda tidak ternilai dgn wang dan harta.
Keikhlasan dan kejujuran ditagih pelajar2..

Terima kasih cikgu!


February 22, 2014 at 4:42 PM
Unknown said...

Hebatnya bilik PBS ni...kalah perpustakaan. Gaji naik, tp keja pn makin 'naik' sama. Hari2 dh hilang fokus mana dmsatu nk buat... kadang2 wat x tau jer sbb dh overloaded kpala otak ni


February 22, 2014 at 4:49 PM
Anonymous said...

Ini dinamakan multi-tasking. Pilihan ada di tgn masing2....kalau tak suka kerja sbg guru, jadi guru tuition private, private tutor ajar anak2 orang kaya, jual nasi lemak. It's YOUR choice!!!


February 22, 2014 at 5:03 PM
Anonymous said...

Blm lg campur tugasan tambahan jadi tok bomoh bila ada anak murid histeria, kerasukan n sebagainya.. kalau anda di luar sana masih memikirkan tugasan guru itu mudah... keje sekerat hari... mlm blh rilex dgn famili... hujung bulan dpt gaji tinggi... ketahuilah.. apa yg guru2 rasa n lakukan... melebihi dr tahap gaji yg diterima....


February 22, 2014 at 5:07 PM
Anonymous said...

Masih dgn pemikiran jumud mu itu... xsuka keje cikgu... berhenti jadi cikgu... xsuka jadi manusia... jgn jadi manusia... jenuh cikgu2 ajar ms ko sekolah dl... ttp bingung jgk...


February 22, 2014 at 5:11 PM
Anonymous said...

Mesti idola dia najib


February 22, 2014 at 5:42 PM
ely ellya said...

Si penulis yg jumud...jgn stakat pndai berkata2...klu xpcy, jd la ckgu. Seminggu pun dh cukup...br tau bebanan kerja guru yg ntah pape kerja.. spttnye guru penuhkan masa dgn menyediakan bhn mngajar yg terbaik utk ank murid bkn kerja2 yg blh dikatakan bodoh ni. Si penulis xnk ke anak2/bakal anak2 anda dpt didikan terbaik dr guru2 spt guru2 yg mngjar kite dahulu?? Jd jgn pndi nk condemn artikel yg berkaitan bebanan kerja guru hari ini yg bkn menjurus kpd kualiti ank murid, sekiranya anda xtahu menahu sistem pendidikan sekarang ye....dalamilah ilmu dahulu, fahami maka barulah selidiki.....jgn jd anjing menyalak bukit...menyalak2 tp bukit mcm tu gak.....


February 22, 2014 at 5:45 PM
Wan Hasni said...

Saya rasa bertuah terpilih jadi guru..cuma jangan terlalu beban kami dengan kerja-kerja diluar bidang kuasa seorang guru..


February 22, 2014 at 5:47 PM
Unknown said...

Mujur x jd Ckgu oi...tggjwb byk botoi..


February 22, 2014 at 5:47 PM
Anonymous said...

Kerja banyak ni dah berkira. Meh la kome jd pegawai perpaduan ke penolong pegawai perpaduan ke.. gaji ciput giler tp keje nearly 24jam.. kdg dibayar.. kdg kene cantas dgn big boss.. pdhal kene keje sampai kul 3 4 pagi.. cikgu ni kira untung gaji ok la. Kami ni gaji seciput amat. Dah la ciput.. kene lak time org bergaduh pon kene jd mediator n org tgh. Org pilihanraya kami 24jam kene dok opis. Sapa kata keje opis goyang kaki mmg xtau lg jabatan kami camne. Ni kire sikit je ni. Saborla. Dh tggjwb kita.


February 22, 2014 at 6:36 PM
Anonymous said...

Salam


February 22, 2014 at 8:27 PM
Anonymous said...

Semua pendapat diatas betul...walau apa pun kerja kena ikhlas ...apalah sgt duit yg dapat kat dunia ni ...kalau lah kita dapat merasai azab di padang masyhar nanti...tak kira lah apa yg kita buat didunia ni cikgu ke jurutera ke pengurus ke..perdana menteri ke ..termasuk lah penjual nasi lemak...kerja dlm kehalalan dan ikhlas...hanya Allah yg berhak menghukum..cari lah pekerjaan yg anda mampu buat dgn penuh keihklasan


February 22, 2014 at 8:36 PM
Anonymous said...

Itu orang BANGANG. Kalau ada OT macam hang baru la dikira setiap minit di bayar. SENGAL.


February 22, 2014 at 9:37 PM
sheikh said...

Salam. Guru sekarang ni banyak menghabiskan masa membuat kerja2 pekeranian. Isu utama guru adalah sepatutnya adalah tumpukan seluruh tenaga kita untuk mendidik anak didik kita @ pelajar. Kalau cikgu dah penat buat kerja2 tu, saya rasa nak mengajar pun dah tak bertenaga. Masalah ini bukan sahaja pada guru tetapi juga kepada mak bapak pelajar dan pelajar kerana guru terlalu sibuk membuat kerja selain mengajar menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran adalah tak maksimum. Ini mengakibatkan pelajar tak cukup bersedia untuk peperiksaan spt PMR dan SPM. Ibu bapa perlu hantar anak ke pusat tuition utk menambahkan pengetahuan dan kemahiran pelajar. Akibatnya Ujian PISA yg di jalankan pada pelajar di kalangan negara asia, kita di tempat tercorot. Perubahan yang cacamarba pd sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada kejatuhan pendidikan di Malaysia.
Persoalannya "ADAKAH CIKGU YANG BERSALAH?"


February 22, 2014 at 10:19 PM
Anonymous said...

Gaji naik sebab barang naik...bukan sebab tambah beban kerja....


February 22, 2014 at 10:47 PM
Anonymous said...

Kalau bukan guru tak payah komen pasal PBS sebab mmg tak faham punya....kita tak kisah buat PBS kalau tak payah mengajar, semak buku atau mengisi 1001 macam borang atau key in berkali2 benda2 yg sama....


February 22, 2014 at 11:32 PM
Anonymous said...

Ni pun ada byk lagi yg tak disenaraikan.....tak larat nak taip.


February 22, 2014 at 11:46 PM
Anonymous said...

Macam saya,bersyukur sangat ngajar SKM..budak lebih kurang 16 org je setiap darjah..alhamdulillah wpun tension ngn keje tp GB sangat2 memahami..mmg tak sempat nak buat itu buat ini tambahan pulak bila sekolah kecik jawatan balik2 guru yang sama..sampai kadang2 pnp tu dh bukan kerja utama.semoga sy dn kawan2 guru tabah dlm mgharungi kehidupan seorang guru..Amin.


February 22, 2014 at 11:53 PM
Anonymous said...

Sy xpenah buat pbs ni scra serius pn.sy ngajar n buat latihan tiap2 kali abis kelas.pbs tu sy tanda jek.evidents sy buku latihan.gkmp, pk1 pngetua ade tegur sy.sy buat xlayan jek.sy nak mngajar n nak pandaikan anak2 murid sy.dorg nak letak markah rendah dlm skt, sy hanya serah pada Allah.mmg letih tiap2 kali kene perli kene tegur...gkmp nak benci pun sy xkisah. Sy tau ape yg sy buat utk murid2 sy.


February 22, 2014 at 11:58 PM
Anonymous said...

Semoga Allah membuka pintu hati semua pihak utk memahami.. Semoga Allah melindungi guru-guru semua.. Semoga Allah memberi ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup kepada semua guru agar mampu menjadi seorang guru yang berdedikasi dan dalam masa yg sama menjadi isteri dan ibu yg baik walaupun dalam kesusahan yg amat.. amin.. amin ya rabb..


February 23, 2014 at 2:03 AM
Anonymous said...

encik yg cadangkan kami jadi pegawai perpaduan tu, encik tu masuk kerja peg perpaduan dgn degree mcm kami juga ke? kalu bukan dgn degree, toksah merungut gaji kecik la


February 23, 2014 at 3:50 AM
Anonymous said...

Encik pegawai perpaduan entah..apa2 entah....tulah belajar tak mahu elok2.....nak kondem cikgu....kalau kerja tu mmg bidang tugas guru takde kisah punya....ini tidak mengadap fail lebih lama dari mengadap murid...sepatutnya pelajar tulah evidensnya....ini tidak percaya kat kertas lagi. Core business cikgu mengajar dan mendidik.....sekarang dah tunggang terbalik mcm keluarga 69.....isi maklumat sama dlm 2 3 program...sps...apdm...ssm...buku rekod kedatangan....cikgu yg bodoh ke org yg buat perisian bodoh....zaman teknologi....nak guna teknologi tapi guna separuh masak...buat perisian bukan main lagi.....tak reti nak buat linkkah?.... Dahlah tu program tak friendly user pula.....data hilang...hang....tak boleh capai.....berjuta habis....hasil entah apa2.......cikgu bukan robot....pelajar pun bukan robot....cikgu bukan ajar robot....pelajar ada pelbagai tahap dan kemampuan....kena ada sentuhan kasih dan kemanusiaan untuk cungkil potensi mereka.....ni asyik nak isi evidens....masa bila pula nak mendekati dan memahami kelemahan dan kekuatan pelajar.....semoga pbs dihentikan....demi kejayaan pendidikan....demi kejayaan pelajar


February 23, 2014 at 4:44 AM
Anonymous said...

Sy seorang guru yg kena buat pbs..kadang2 dlam kelas pn bz tanda eviden students..lepas tu nk letak eviden dlam fail pelajar pulak..nk tnda dlm rekod trnsit pulak..lepas tu nk key in band dlam sistem yg bermasalah tu..bgun tgah mlam semata2 nk key in band yg asyik loading memanjang..


February 23, 2014 at 5:21 AM
Anonymous said...

tak ada guna lawan pasal pbs dengan orang yang tak jadi guru atau cikgu...kerani sekolah ke tukang sapu sekolah ke guard sekolah ke..doktor ke lawyer ke apa ke kalau bukan guru atau cikgu darjah satu hingga tingkatan 5 ...memang tak akan faham walau dia org pejabat pendidikan daerah ke orang kementerian sekali pun...semua orang lain cakap bab pbs cakap kosong je...semua yang selain guru sekolah rendah dan sekolah menengah ,...mai jadi cikgu sebulan atau seminggu pun ok la untuk faham rintihan guru-guru pasal pbs...


February 23, 2014 at 5:53 AM
Anonymous said...

Sapalah yg cipta system yg bodoh ni.betulah kata prof ungku aziz kalau tak ada tangan 2gatal .system pendidikan negara tak jadi cacai marba mcm ni


February 23, 2014 at 6:13 AM
Anonymous said...

Sian cikgu....


February 23, 2014 at 6:25 AM
Anonymous said...

pegawai perpaduan tu macam bes ja . gred gaji dibayar based tahap pendidikan . kalau dah gred spm gaji nak degree . mohon celup muka dalam sinki .


February 23, 2014 at 6:56 AM
Unknown said...

saya tak suka nak hina orang, tapi rasanya pegawai perpaduan tu hina jawatannya sendiri. Takkan tak tau gred gaji kerajaan dibayar based on tahap pendidikan pegawai. Rasanya dia ni dapat jawatan tu pasal ada kabel besar kot, pasal perkara basic tu pun tak tau.....


February 23, 2014 at 7:35 AM
Anonymous said...

Subhanallah.
Astagfirullah. Jom semua istigfar byk2 - bagi yg muslim.


February 23, 2014 at 2:04 PM
Muslimahhariini said...

Salah menteri...setiap kali menteri pendidikn bertukar...ada je dasar baru. Menteri org politik yg nak mcipta nama. Murid & guru mjadi bahan eksperimen.


February 23, 2014 at 2:27 PM
Anonymous said...

Untuk tahun 2014 cikgu dapat cuti penggal/sekolah 51 hari tidak termasuk hari sabtu dan ahad manakala setiap isnin hingga jumaat cikgu bekerja 6 jam sehari...
Setiap bidang pekerjaan ada cabarannya tetapi merungut bukan satu jalan penyelesaian...


February 23, 2014 at 4:27 PM
CekguSham's said...

Pembetulan kepada sesiapa yang kurang maklum...kerja cikgu bukan 6 jam sehari sesperti 'penglihatan' anda...kami kerja 7.30 hingga 5. petang.. X pernah tengok ke sepanjang hidup ni, cikgu berada di sekolah hingga jam 5 petang untuk macam2 program sekolah?...Kalau x pasti sila rujuk ke KPM n jangan cakap ikut sedap mulut sahaja...Malahan sekiranya ada target sekolah yang pelru dicapai perlu gunakan hari Sabtu untuk merealisasikannnya...x pernah tengok kew?...ke x pernah dengar?...duduk kat sebelah mana ni?...@ anak ni x pernah bersekolah? @ x de anak2 yang bersekolah?...atau masih duduk di bawah tempurung?...


February 23, 2014 at 5:46 PM
Anonymous said...

Salam,
I rasa sekolah/kementrian kena improvekan IT literacy dikalangan cikgu cikgi :)


February 24, 2014 at 12:49 AM
Anonymous said...

Tambah lg satu tugas baru. Guru penyayang...guru kena berada di pintu pagar setiap pagi bagi menyambut ketibaan...anak murid ke sekolah...... zaman da berubah!


February 24, 2014 at 3:01 AM
Anonymous said...

Assalamualaikum .......hanya guru yg tahu .....beban kje cikgu .......bukn sekolh kementerian je ...yg stress beban kje malahan ....beban keje extra sebagai kerani juga turut melanda guru 2 kafa ......erm dahle gj xnaik....kje pulk makin mmbeban ..... xbole .....komen 2x..nnti dikata guru 25 hb ...la apela ....xbole bsuara ......nnti dhntr kursus dcop bmasaalah ....erm .....apa pun SYABAS GURU 2 MALAYSIA SAYA SOKONG ANDA SEMUA !! ANDA TETAP MELAKSANAKAN KJ SEMAKSIMUM BOLE


February 24, 2014 at 6:33 AM
Anonymous said...

Mak uih...btol2 lepas geram..patut la kak ipar sy da jadi garang skrg..stress btol jd cikgu nih..tp mmg btol..cikgu makin garang skrg..dgn budak2 skrg makin terejal..syukur lah dah ditangguhkan..hope akn ade sistem yg lg bagus..


February 24, 2014 at 8:23 PM
Anonymous said...

nasib guru...bekira sangat kot guru guru ni..huh


February 24, 2014 at 11:51 PM
Anonymous said...

Kami bukan mempertikaikan kerja2 wajib guru....lau kerja mengajar n mendidik kami xpernah merungut......saya rasa lau tnya mulut2 laser yg duk kata guru pasal pbs ni diorang satu haram xtau ttg pbs....dia xfaham sbnarnya apa yg kita bncangkan.......dia ingt kita merungut pasal menjadi guru n pasal mengajar kot dlm kepaaa diorang pbs tu mengajar kot.....so xyah nak komen la kalau xtahu........baik diam n perhati.......rasanya org2 ni juga yg akan bising lau anak dia xpandai....salahkan guru2 sdngkan kat sini kita dah bgtau kekangan kita sehingga terabai mendidik......


February 27, 2014 at 3:48 AM
Anonymous said...

Kau ada anak ker....nnti kau tolong kira


February 27, 2014 at 3:49 AM
Anonymous said...

walaupun saya bukan seorang guru tapi pernah menjadi guru ganti dan merasai sitem PBS ni, mmg terasa sangat lebih2 lagi.. fail sana sini.. bukan sorang budak.. cuba bayangkan 1kelas 40 pelajar x 10 kelas? x lagi bil. subjek yg diajar..??? memang terasa sangat woo.. sekarang ni xjd cikgu n handle a 1 projek rasa huru hara dah setup fail.. yg blm sampai 20fail lagi.. ni kan 400 fail?????


February 28, 2014 at 5:12 PM
Anonymous said...

saya pernah keje di pejabat.skrg dah jadi cikgu.mmg byk beza antara 2 kerjaya ni.keje pejabat makan gaji....keje berkala.kalau time tak bz,leh poya2. kalau tak caye,gi tgk kt shopping complex masa time keje.ramai pekerja pejabat yg dok beli brg.tapi cikgu always dgn masa yg sgt2 terhad dan bz.dulu saya pk keje cikgu untung.byk cuti.rupenye keje jd cikgu lebih dahsyat dari pekerja pejabat.....huhuhu


March 1, 2014 at 9:24 AM
Anonymous said...

PBS yang dilaksanakan kini adalah sistem lemah yang bakal menghancurkan negara.
PBS perlu dibaiki sistemnya kerana:

1. Sistem PBS sedang menghancurkan semua bangsa di Malaysia.
PBS bukan sahaja membebankan guru malah juga membebankan murid. Perlu diingat alam persekolahan
adalah alam dimana murid/pelajar majoritinya "perlu disuap" atau ditunjuk ajar setiap masa tidak
seperti mahasiswa yang perlu membuat kajian ilmu sendiri. Murid mengambil masa untuk memahami
suatu perkara tetapi dalam sistem PBS, pentaksiran perlu dilaksanakan selepas PnP atau sekerap mungkin
menyebabkan murid tertekan. Hal ini menyebabkan (1.) murid yang sepatutnya faham suatu topik akhirnya
gemuruh hingga tak faham. (2.) murid hanya dapat menjawab pada waktu pentaksiran tetapi kemudian
melupakannya sebab sudah dianggap tiada keperluan untuk mengingati kerana markah sudah diberi.

2. Sebaik-baik pengajaran adalah yang mempunyai musim peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, murid akan
sentiasa mengingati apa yang diajarkan sepanjang masa sehginggalah hari peperiksaan. Dengan sistem PBS
yang ada kini, murid tiada semangat langsung untuk mengingati apa-apa kerana mereka tiada target musim peperiksaan.
Suasana PBS adalah suasana jemu bagi mereka malah mereka menganggap PBS itu tiada apa-apa. Jika anda guru, anda
pasti memahami perkara ini. Cuma guru yang layak memberi komen berkaitan PBS.

3. Ingatlah betapa bersemangatnya anak-anak kita menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM. Malah jika melanjutkan
pelajaran ke Universiti Luar Negara pun akan ada peperiksaan semester. Bayangkan jika dari kecil dididik hidup tanpa peperiksaan,
bagaimana kehidupan mereka di universiti yang mengamalkan budaya peperiksaan? Kejutan budaya.

4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermakna pentaksiran berasaskan guru. Adalah mustahil PBS
adalah sistem yang selaras kerana berbeza guru berbeza permarkahan, berbeza penilaian dan
berbeza corak pengajaran yang juga menyebabkan murid berbeza mendapat kualiti pemahaman yang berbeza. Malah lebih tragis
kerana sistem PBS membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk merasuah guru untuk memastikan markah anaknya tinggi.
Sistem ini tidak adil dan tidak selaras dan tidak sama di mana mana sekolah. Jika begini, di alam pekerjaan nanti, majikan tidak akan
mengambil pekerja berdasarkan keputusan penilaian PBS mereka tetapi cuma berdasarkan di sekolah mana mereka bersekolah.

5. Saya sangat terkilan apabila ada menteri yang menuduh guru tidak berkualiti sedangkan sistem PBS yang menyebabkan guru sugul, kurang bertenaga,
kelam kabut dan tertekan. Bayangkan pengisian markah setiap hari bagi setiap murid yang diajar. 1 kelas 34 murid. Setiap hari ajar 4 kelas. Maka 136
markah murid perlu diberi setiap hari. Bagaimana pula dengan seminggu, sebulan, setahun? Dalam 4 kelas itu, ada sahaja murid yang tidak hadir, maka
guru kena ulang balik PnP dan pentaksiran. Yang dikejar akhirnya tak dapat, yang dikendong akhirnya berciciran. Malah guru selalu kena tinggalkan kelas
untuk urusan lain, maka kacau bilau lah sistem PBS kita. Belum masuk lagi dengan buku latihan yang perlu ditanda setiap hari. Balik sekolah terus mesyuarat,
kursus taklimat. Tambah pula macam macam borang nak diisi. Nak kena online pulak, dengan server lembab dan macam macam pula kena isi onlina.
Maka guru jadi gila dengan sistem PBS dan pelbagai beban yang mengarut ngarut.


March 14, 2014 at 7:41 PM
Anonymous said...

6. Guru dalam dilema untuk memberi markah PBS kepada anak muridnya. Kalau nak diikutkan hati, semua murid nak diberi markah penuh
demi masa depan mereka. Ada juga guru yang menyatakan 100% muridnya sebenarnya layak dapat band tertinggi. Ya memang benar kebiasaannya murid akan faham sebaik sahaja
setiap PNP tetapi akan melupakannya kerana tiada keperluan memandangkan tiada peperiksaan.

7. Pendidikan Malaysia sebenarnya sudah berada diantara yang terbaik di dunia sebelum PBS dilaksanakan. Tak perlu dengar laporan dunia tentang
ranking Malaysia. Biar kita rakyat Malaysia sendiri yang menilai. Di Perancis, Jepun, China, India, Turki, Thailand, Indonesia,
Arab Saudi, Korea MAJORITI RAKYATNYA TIDAK TAHU BERBAHASA INGGERIS walaupun subjek Bahsa Inggeris diajar sejak dibangku sekolah.
Sistem KBSR dan KBSM telah membuktikan pendidikan kita berjaya membuatkan rakyatnya boleh berbahasa Inggeris. Begitu juga subjek lain. Majoriti
anak anak kita juga tahap penguasaan matematik mereka lebih baik berbanding anak-anak negara lain. Sinivers matematik kita jauh lebih tinggi daripada negara lain pada usia yang sama.
Sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik tanpa PBS.

8. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian 4 kali setahun di peringkat sekolah. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian setara/selaras seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM.
Sistem tanpa peperiksaan kini perlu dihapuskan segera sebelum terlambat.


March 14, 2014 at 7:42 PM
Anonymous said...

saya sokong cikgu...hanya guru yang memahami kerjaya guru..


March 21, 2014 at 4:18 AM
Anonymous said...

SAYA SOKONG CIKGU 200% KERANA SAYA TAHU KESUKARAN GURU KERANA DAH MENJADI SUAMI SEORANG GURU SEJAK 25 TAHUN LEPAS.... MEMANG KPM TAKDE HALA TUJU... KESIAN KAT GURU DAN MURID2


July 2, 2014 at 5:44 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved