ONEXOX
BannerFans.com

Tiada maaf pembunuh ayah

on Sunday, February 23, 2014

Seremban: “Sebagai anak, saya tidak akan memaafkan perbuatannya (suspek) yang sanggup membunuh ayah. Sesiapa pun yang ada di tempat saya akan berbuat demikian,” kata Rohaizat Aris, 33, anak kepada seorang juruwang sebuah stesen minyak yang maut ditikam seorang lelaki dalam kejadian samun di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Taman Bukit Emas, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu, mangsa, Aris Sulaiman, 64, ditemui mati di kaunter bayaran kedai serbaneka stesen minyak berkenaan dengan tiga kesan tikaman di dadanya.



Difahamkan, seorang lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh dan jaket masuk ke dalam kedai serbaneka itu dan mengambil air kotak lalu ke kaunter berpura-pura mahu membuat bayaran.

Bagaimanapun, dia mengeluarkan pisau lalu menikam mangsa dan melarikan wang tunai dari mesin juruwang.

Rohaizat yang bekerja sebagai juruteknik sebuah syarikat swasta berkata, dia yang menetap di Muar, Johor, mendapat berita sedih itu daripada adik lelakinya kira-kira jam 10 malam menyebabkan dia dan isteri bergegas pulang ke rumah keluarganya di Taman Sri Kasih, di sini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved