Timbalan perdana menteri tiba di pasar raya Mydin itu pada pukul 9.10 pagi dan meluangkan masa hampir 40 minit memeriksa harga pelbagai barang di pasar raya berkenaan.
Mengiringi beliau ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Di KR1M Mantin, Muhyiddin mengambil masa hampir setengah jam meninjau pelbagai barang yang dijual dan harga yang ditawarkan di situ.
Beliau kemudian meneruskan lawatan ke Kajang, Selangor.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment