ONEXOX
BannerFans.com

Keindahan Hutan Lipur Ulu Bendul tercemar

on Saturday, March 22, 2014

ULU BENDUL - Keindahan Hutan Lipur Ulu Bendul tercemar apabila kawasan kolam mandi utamanya dipenuhi semak samun dan sampah sarap, sekali gus mencacatkan pemandangan kawasan rekreasi itu.

Adun Seri Menanti, Datuk Abd Samad Ibrahim mengakui, kawasan itu tidak diurus dengan baik dan masalah itu telah dibentangkan kepada Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Pilah baru baru ini untuk tindakan pihak berwajib.

“Bagaimanapun, sehingga kini, pihak berkenaan belum mengambil sebarang tindakan. Sewajarnya, tempat tumpuan orang ramai ini perlu dijaga dengan baik dan sentiasa berkeadaan bersih, dan bukannya dicemari dengan semak samun selain sampah sarap bertaburan,” katanya ketika membuat lawatan ke kawasan berkenaan.



Menurutnya, perkara ini perlu dipandang serius lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

“Produk rekreasi seperti ini perlu dipelihara. Daerah ini hanya ada beberapa lokasi pelancongan sahaja, kalau yang ada ini pun tak mampu kita jaga, macam mana kita nak menarik pelancong datang ke daerah ini,” katanya.





Menurutnya, pihak kontraktor perlu membaik pulih kerosakan sistem paip di tandas awam wanita di kawasan berkenaan.

“Tidak sampai beberapa bulan digunakan, ia telah mengalami kerosakan dan saya mengetahuinya selepas menerima aduan dari peniaga. Ini menunjukkan seolah-olah hasil kerja pihak berkenaan tidak berkualiti,” katanya yang turut meminta agar orang ramai bersama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan itu.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved