Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tujuan nelayan dikerahkan adalah sebagai membantu pihak berkuasa sedia ada dalam kerja seharian mereka menangkap ikan di laut dalam.
"Salah satu cara yang boleh kita bantu dalam usaha mencari dan menyelamat ialah dengan menggerakkan nelayan yang ada di seluruh negara terutama kawasan yang terlibat.
"Sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 melibatkan laut dalam di Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang diarahkan untuk membantu," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.
Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau berbincang dengan Ismail supaya menggerakkan persatuan nelayan jika perlu untuk membantu memberikan maklumat bagi merungkai misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
Ismail berkata meskipun pihak berkuasa seperti polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) giat menjalankan operasi mencari pesawat MH370, namun bantuan nelayan yang dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS) dapat membantu pihak berkuasa.
Katanya, kira-kira 20,000 nelayan akan berada di laut dalam satu-satu masa sekaligus berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat benda yang mencurigakan ditemui di lautan.
"Walaupun polis, tentera dan APMM dianggap kumpulan profesional dalam kerja menyelamat tetapi saya percaya nelayan yang sentiasa ada di kawasan lautan tersebut juga boleh membantu.
"Jika satu kapal mempunyai 10 orang nelayan maka lebih kurang 20,000 nelayan yang akan berada di lautan. Mereka melakukan secara sukarela kerana tugas hakiki mereka tetap sebagai nelayan," katanya.
Pesawat Boeing 777-200 berlepas dari KLIA ke Beijing pada 12.41 pagi pada Sabtu, tetapi terputus hubungan pada jam 1.20 pagi ketika ia di ruang udara yang dikendalikan menara kawalan di Ho Chi Minh, Vietnam.
Pesawat itu membawa 239 penumpang, menurut senarai penumpang, dengan kebanyakannya adalah penumpang dari China, dan 12 kru. – 10 Mac, 2014.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment