Tweet kebimbangan beliau mengenai bapanya sejak berita pesawat MAS hilang sejak Sabtu lepas, setakat malam tadi, ditweet sekali lagi sebanyak 62,400 kali manakala akaun twitternya mendapat perhatian 28,000 pengikut.
Satu daripada tweet itu berbunyi "Sudah lebih 48 jam. Di mana kamu, ayah? Mengeluh.." manakala satu lagi berbunyi "Ayah. Berita mengenai kamu tersiar dalam pelbagai akhbar. Baliklah segera, agar kamu dapat membacanya! Tidakkah kamu terasa teruja?"
Dalam tweetnya semalam, remaja itu juga memuat naik gambar beliau dan keluarga semasa sambutan hari lahir dengan menulis: "dan sehingga hari ini, kami masih menunggu kamu, ayah".
Maira juga tetap positif walaupun ketika pesawat MH370 masih belum ditemui melalui statusnya.
"Memandangkan hampir semua orang bertanya khabar mengenai ibu saya, beliau sihat. Beliau tabah dan dengan sokongan yang kami terima, kami semua sihat".
Beliau juga menerima banyak sokongan daripada orang ramai untuk tidak patah semangat dalam menghadapi saat kritikal ini.
Seorang pemegang akaun twitter @DianaDanielleB berkata: "Hai si cantik manis, saya menghantar kiriman kasih sayang dan doa untuk anda dan keluarga anda. Jadilah seorang gadis yang berani dan tabah, seperti mana diri anda, dan sentiasa mengukir senyuman".
Seorang lagi pemegang akaun twitter @__yaneshaaa berkata: "tabahkan hati anda, semuanya akan selamat. Saya doakan keselamatan bapa anda dan berharap dia selamat.
Dalam tweetnya kira-kira 6.30 petang semalam, Maira juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepadanya.
"Saya tidak tahu bagaimana untuk berterima kasih kepada anda semua. (atas segala) sokongan, kasih sayang dan kebaikan. Tuhan rahmati anda semua," kata beliau melalui tweet tersebut.
Andrew merupakan seorang daripada 239 penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang sedang dalam penerbangan ke Beijing yang hilang kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment