ONEXOX
BannerFans.com

Memalukan radar tidak berfungsi, Menteri Pertahanan perlu letak jawatan

on Saturday, March 22, 2014

KAJANG 22 Mac : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kegagalan Kementerian Pertahanan mengesan jejak pesawat MH370 milik Malaysia  Airline yang dilaporkan hilang walaupun negara sebenarnya mempunyai sistem radar yang berkeupayaan mengesan sebarang pergerakkan pesawat di ruang udara negara.

Menurut Anwar, Kementerian Pertahanan sebenarnya memiliki sistem canggih itu apabila diberikan peruntukkan bagi tujuan pemantauan ruang udara negara itu sejak beliau memegang jawatan Menteri Kewangan lagi.

”Semasa saya jadi Menteri Kewangan, Kementerian Pertahanan beli sistem radar yang canggih yang namanya Markoni.” Sistem itu boleh baca dan lihat semua penerbangan dari perairan negara Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi, tapi tiba-tiba tiada laporan,”ulas Anwar ketika berucap dalam Pelancaran Reformasi 2.0 di Stadium Kajang pada malam semalam.



Menyifatkan kegagalan itu sebagai sangat memalukan, Anwar tegas meminta Menteri Pertahanan menjelaskan kepada rakyat Malaysia punca sebenar gagalnya sistem radar canggih negara memberi maklumat lengkap berhubung jejak penerbangan pesawat tersebut.

Jelas Anwar, Menteri Pertahanan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelemahan tersebut dan perlu meletak jawatan serta merta jika gagal memberikan penjelasan munasabah kepada rakyat berhubung ketidakmampuan aset negara itu berfungsi dengan cara yang seharusnya.

”Soalannya, Kenapa radar tersebut tidak berfungsi dan tidak dapat membuat pengesanan?





”Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta,” tegas Anwar dihadapan lebih 13,000 penyokong.

Anwar membuat penegasan tersebut ketika mengulas isu pesawat MH370 yang hilang secara misteri dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China.

Namun menurut Anwar, kegagalan sistem radar canggih milik negara itu memberikan data yang seharusnya bagi membantu mengesan pesawat tersebut telah mendedahkan kelemahan kerajaan mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh.

”Saudara, ini adalah isu yang berkaitan ancaman keselamatan negara.

”Kerana apa jadi begini?, kerana kecuaian dan tidak cekap, kerana sibuk cari wang dan untung, menghina, zalim dan fitnah orang, akhirnya negara yang jadi rosak,” kata Anwar dalam ucapan itu.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 6 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

mulia sgt ke bila diri dh sah dijatuhkn hukuman liwat masih lg nk bangga diri dn salahkn org lain. tengok diri sendiri dulu. Canggih sgt ke radar tu, bleh la guna buat cr jam omega....


March 22, 2014 at 5:42 PM
Unknown said...

Kau percaya ke mamat ni meliwat? Atas dasar ape ko percaya? Kenapa isteri & anak2 masih bersama dia? Atas dasar ape yg buat Abdullah Badawi lepaskan dia dr ISA dlu? Klu rase hukuman meliwat tu jijik, mmg sah salah, why biarkan lg? Sape yg bodoh skang ni? Yg fitnah dia? Yg lepaskan dia? Saksikan lah bape byk rahsia kotor lg hina yg disimpan oleh pemimpin2 UMNO yg akan dibongkar oleh mamat yg yg konon2 mulia ni..


March 22, 2014 at 6:21 PM
Anonymous said...

Cer tanya dia, berapa lama dah dia xjadi menteri? Zaman Dahl pergi jauh dr dia, tu yg cakap merapu tak sedar tu. Dia pandai main belakang bolehla.


March 22, 2014 at 7:22 PM
Anonymous said...

Sistem radar markoni tu dah outdated . Jgn nampak kejahilan .


March 22, 2014 at 7:27 PM
Anonymous said...

in i fakta atau Auta?


March 22, 2014 at 8:57 PM
Anonymous said...

Bro pkir dgn akal..tak kan orng muda mcm saiful xleh lawan anwar jika die die paksa kene liwat...dah besar bro..jgn nak jd macai umnogok


March 23, 2014 at 8:03 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved