Mengikut laporan, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ) melaporkan bahawa cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad menjejaskan operasi mencari objek yang terapung di Lautan Hindi.- Astroawani.
.
Pencarian bersambung esok.
Semoga pencarian esok menghasilkan pertemuan dengan objek berkenaan supaya proses pengenalan dapat dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti apakah ia datang dari pesawat MH370.
Jika dapat pengesahan, gengan ini misi pencarian dikawasan2 lain dapat dihentikan dan ditumpukan kepada satu kawasan bagi mencari kotak hitam yang bakal merungkai misteri disebalik kehilangan nya.
Panjang lagi yang mahu saya tulis berkaitan .... tapi biarlah semua itu bermain2 dikepala ....saya dan anda juga.
Saya teringat satu artikel yang saya baca dua hari lepas di mana sebuah badan pemantau PBB, CTDTO yang berpusat di Vienna yang tugasnya mengesan sebarang bentuk letupan kuat dimana2 saja didunia menggunakan beberapa teknologi International Monitoring System ( IMS ) telah mengesahkan yang ia tidak ada mengesan sebarang letupan atau hempasan yang boleh dikaitkan dengan MH370 baik di atas darat maupun laut.
"Regarding the missing Malaysian Airlines flight... the Vienna-based Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organization (CTBTO) confirmed that neither an explosion nor a plane crash on land or on water had been detected so far," Spokesman for UN Secretary-General Ban Ki-moon Stephane Dujarric told reporters here yesterday.
Dujarric said plane accidents may be detected, depending on individual circumstances, by three of the four technologies used by the CTBTO's International Monitoring System (IMS).
While the verification system has been put in place to detect nuclear explosions, it is also able to detect the explosion of a larger aircraft, as well as its impact on the ground or on water.
KLiK
Ramai pakar2 dalam pelbagai bidang yang berkait secara langsung atau tidak langsung antara satu sama lain dalam memberi maklumat tambahan.Seperti juga para pakar yang tak bertauliah, mereka yang bertauliah juga sering bercanggah antara satu sama lain ... Garis pemisah antara Spekulasi dan Maklumat menjadi semakin kabur ....
Kita layan je lah .... asal jangan kita terlampau percaya dan taksub dengan satu2 teori itu sehingga membutakan minda kita kepada teori2 lain yang juga sama kuat hujahnya.
Sekurang2nya banyak juga pengetahuan yang kita dapat bila melayan semua ini. Saya sendiri tak pernah tahu kewujudan sebuah pulau bernama Diego Garcia yang menjadi pelabuhan kepada tentera Amerika. Errr .... Kepulauan Maldives pun saya sebelum ini tak berapa nak yakin di mana kedudukannya !
Sekarang siap baca portal dari Maldives lagi !
Ni ada satu lagi spekulasi gempak ..... anda pernah dengar Kem U-Tapao milik Amerika di Thailand berhampiran sempadan dengan Cambodia ?
Dan apa spekulasi yang mengaitkan kem ini dengan MH370 ? Ia ada kaitan dengan eksekutif Freescales, Teknologi Ketenteraan dan siapa lagi kalau bukan Amerika. Oya, Diego Garcia juga terkait ! -
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment