“Itu tak betul.. sebenarnya (ia seperti) di roster, seperti yang di jadual,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu sidang media pada Isnin.
Sebuah foto telah dimuatnaik di laman Facebook pada 8 Mac oleh Noor ‘Olya Dollah yang mendakwa bahawa terdapat perubahan jadual di saat-saat akhir untuk anak kapal Boeing 777-200 itu.
Dalam mesej tersebut, wanita itu menyatakan penghargaannya kepada Allah bahawa suaminya, Anas Mazlin yang pada mulanya dijadualkan untuk terbang laluan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada tengah malam 8 Mac, telah digantikan di saat akhir.Dalam sebuah laporan oleh The Malay Mail Online hari ini, pihak MAS mengaku terdapat juruterbang yang bernama Anas Mazlin.
Bagaimanapun MAS menafikan bahawa terdapat perubahan dalam jadual yang mengatakan Anas sepatutnya menerbangkan pesawat MH370 itu.Menurut MAS, Zaharie bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid telah dimaklumkan tentang jadual mereka tujuh hari sebelum penerbangan dari KL ke Beijing itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment