Siasatan rasmi ke atas kehilangan pesawat tersebut dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal kini difokuskan ke atas kemungkinan ia pecah di pertengahan penerbangan.
Jet syarikat penerbangan Malaysia itu hilang selepas mendaki pada ketinggian 35,000 kaki antara Kuala Lumpur dan Beijing pada awal pagi Sabtu, tetapi pasukan pencari tidak menemui apa-apa puing yang disahkan sebagai rangka selepas 48 jam ia berlepas.
“Hakikat bahawa kami tidak dapat menemui apa-apa serpihan setakat ini nampaknya menunjukkan bahawa pesawat itu mungkin hancur pada ketinggian kira-kira 35,000 kaki,” kata seorang pegawai yang terlibat dalam siasatan itu, lapor The Malaysian Insider.
Jika ia menjunam dalam keadaan utuh dari ketinggian dimaksudkan dan hanya pecah apabila melanggar air, pasukan pencari dijangka akan menemui puing-puingnya dalam keadaan yang agak terkumpul, kata pegawai itu yang enggan namanya disiarkan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment