Global Times berkata kehilangan pesawat “harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada Malaysia”.
“Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.
“Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan,” kata akhbar pro-Beijing dipetik The Malaysian Insider.
Ia menegaskan bahawa kemalangan pesawat biasanya berlaku semasa berlepas dan pendaratan, bukan semasa penerbangan.
“Kehilangan MH370 berlaku di langit, yang membuatkan kita ragu. Tidak kira apa sebabnya, ia telah mempengaruhi cara orang ramai melihat keselamatan udara.
“Jika ia disebabkan kerosakan mekanikal atau kesilapan juruterbang, maka Malaysia Airlines harus dipersalahkan.
“Jika ini adalah serangan pengganas, maka pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Kuala Lumpur dan dalam penerbangan itu dipersoalkan. Jika ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor semulajadi atau tidak terkawal, semua syarikat penerbangan di seluruh dunia, termasuk Malaysia Airlines, ia perlu menjadi pengajaran, kata akhbar tersebut.
Akhbar China Daily melalui ruangan editorialnya juga menulis bahawa “keganasan tidak boleh dikesampingkan”, dan pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa masih belum menjelaskan bagaimana sekurang-kurangnya dua penumpang tersebut dapat menaiki kapal terbang itu dengan pasport Itali dan Austria yang dicuri.
Akhbar itu menulis bahawa hakikat beberapa penumpang di atas kapal telah menggunakan pasport palsu harus menjadi peringatan kepada seluruh dunia bahawa keselamatan tidak boleh terlalu ketat di lapangan terbang khususnya, “kerana keganasan, yang buruk dari dunia, masih cuba untuk menoda tamadun manusia dengan darah dari nyawa yang tidak bersalah”.
“Siapa mereka dan mengapa mereka menggunakan pasport palsu?” soal China Daily, lapor TMI.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 4 comments... read them below or add one }
Itu pun masih rakyat kita 'tak nampak' .. Ingat pencarian kapal terbang tu amik masa dua tiga jam agaknya..
March 10, 2014 at 4:26 PM
MH 370 kan dah masuk perairan Vietnam sms hilang? Mentang2 la puak komunis dia ramai kat viet, sikit pon dia tak cuit pasal vietnam. Podah bermuka2! Bile tragedi sama terjadi kat negara kau sendiri baru kau tau kenapa Laut China Selatan tu dipanggil 'laut'!
March 11, 2014 at 7:52 AM
patut salahkan negara China ler... Tempat kejadian pun di Laut China Selatan... Ari tu berlagak sangat yang pulau Spratly tu milik diorang sebab ada di laut China Selatan... Bodoh punya orang.
March 11, 2014 at 8:02 AM
negara diorng sendiri tak tolong apatah lagi
March 11, 2014 at 11:30 AM
Post a Comment