“Dengan nada selamba katanya dia hanya berkenan dengan saya, namun saya anggap ia hanya gurauan. Tidak sangka dari bergurau kini kami sah bergelar suami isteri,” kata Sapiah Ali, 64, isteri kepada Md Dali Sharif, 75.
Pasangan warga emas ini dinikahkan Imam Satu Masjid Kampung Sungai Petai, Ismail Maarof kira-kira jam 9 pagi dalam satu majlis pernikahan yang dianjur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Komplek Seri Penyayang, Jalan Lesung Batu, di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar, Pengarah JKM negeri Zulyadin Limat dan Pegawai JKM Daerah Alor Gajah Shahrawati Shahbudin.
Md Dali yang segak berbaju Melayu dan bertanjak tiba di pekarangan kompleks berkenaan dengan membawa sepersalinan pakaian wanita dan sebentuk cincin emas bertakhta berlian serta wang hantaran berjumlah RM3,000 untuk isterinya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment