ONEXOX
BannerFans.com

Penjual rokok seludup akan didakwa

on Saturday, March 1, 2014

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia tidak akan lagi bertolak ansur dengan mengeluarkan kompaun terhadap penjual rokok yang menjual atau memiliki rokok seludup walaupun dalam kuantiti kecil, sebaliknya akan didakwa di mahkamah.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Matrang Suhaili berkata, ini kerana pihaknya mendapati mereka mampu membayar kompaun dikenakan.



"Mahkamah akan mengenakan hukuman lebih berat, di samping kesalahan yang mereka lakukan akan didaftarkan sebagai kesalahan jenayah. Ini adalah usaha kita untuk memerangi gejala penyeludupan rokok di negara ini," katanya kepada pemberita selepas program khidmat bakti Kastam bersama masyarakat dan kempen mencegah penyeludupan di sini, hari ini.





Katanya Kastam juga telah menubuhkan pasukan khas di setiap negeri untuk melakukan serbuan dan memeriksa premis yang disyaki menjual rokok seludup di seluruh negara.

"Kajian menunjukkan sejak 2002 hingga 2011, penjualan rokok yang sah telah menurun sebanyak 32 peratus manakala penjualan rokok yang tidak sah meningkat sebanyak 62 peratus," katanya.

Matrang berkata, pada tahun lepas Kastam merampas 450 juta batang rokok seludup bernilai RM36.6 juta dengan cukai sebanyak RM212 juta di seluruh negara.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved