ONEXOX
BannerFans.com

Perbicaraan Di Sweden: Bapa Dakwa Tidak Pernah Pukul Anak Ketika Menetap Di Sweden

on Tuesday, March 4, 2014

STOCKHOLM: Rakyat Malaysia yang merupakan bapa kepada empat kanak-kanak yang dibicarakan di Sweden kerana memukul anak-anaknya memberitahu mahkamah di sini bahawa dia hanya memukul anak-anaknya ketika mereka tinggal di Afrika Selatan dan Malaysia.

Azizul Raheem Awalluddin mendakwa dia pernah memukul anak-anaknya sebelum berpindah ke Sweden, bertentangan dengan apa yang diberitahunya kepada polis tempatan dalam temubual sebelum ini.

Pendakwa Raya Anna Arnell menegaskan bahawa Azizul mengaku bahawa dia memukul anak-anaknya untuk mendisiplinkan mereka walaupun selepas polis menjelaskan bahawa mereka hanya bertanyakan dalam konteks semasa keluarga itu tinggal di Sweden.

Azizul menjawab bahawa dia telah tersalah faham dengan soalan polis kerana berasa gementar.



"Ini adalah kali pertama saya disoal siasat oleh pihak polis. Saya sangat gugup dan otak saya tidak berfungsi, saya fikir soalan itu bermaksud jika saya pernah memukul mereka sepanjang hidup mereka," katanya kepada mahkamah daerah Solna, Isnin.

Sweden telah mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak sejak tahun 1979 dan ini bermakna Azizul dan isterinya Shalwati Nurshal bakal berdepan hukuman enam tahun penjara jika didapati bersalah memukul anak-anak mereka.





Anna menyenaraikan berpuluh-puluh kejadian pukul seperti yang didakwa oleh empat orang anak pasangan dari Malaysia ini sebelum perbicaraan itu dan kemudian bertanya kepada Azizul jika semua kesalahan itu berlaku di luar Sweden.

"Ya," jawab Azizul dengan ringkas.

Dia menjelaskan bahawa ketika di Sweden dia menjadi seorang bapa yang kurang sifat garang dan hanya memukul meja atau menjerit untuk mendapatkan perhatian anak-anaknya.

Apabila ditanya mengapa Azizul sendiri yang mengatur satu lagi temubual dengan pihak polis, selepas disoal siasat sebanyak lima kali sebelum ini (ada di antaranya tanpa kehadiran peguam), Azizul berkata dia terpaksa menjelaskan beberapa kesilapan.

"Meneliti semula transkrip temu bual dengan peguam saya, sebahagian daripada jawapan saya seolah-olah telah disalah tafsir," kata Azizul.

"Bagaimana perkara-perkara begitu boleh menjadi salah," kata pendakwa dalam keadaan tidak ramah.

Azizul menyebut contoh yang diberikan kepada polis di mana ibu bapa Islam boleh memukul anak-anak jika mereka tidak menunaikan solat.

"Saya tidak akan berbuat demikian. Jika mereka tidak solat, saya akan mengajak mereka bersama-sama saya, " kata Azizul, sambil Shalwati dilihat mengangguk-anggukkan kepala.

Peguam Azizul, Jonas Tamm meminta anak guamnya untuk menggambarkan watak Ammar, anak sulung yang telah melaporkan kepada kaunselor sekolah bahawa ibu bapanya memukulnya.

"Ammar suka dirinya menjadi perhatian dalam semua. Untuk mengambil bahagian dalam perbualan, dia akan bertindak seperti dia 'tahu semua' dan kadang-kadang mengada-adakan cerita," kata Azizul.

Apabila ditanya mengapa dia tidak lagi memukul anak-anaknya ketika di Sweden, Azizul berkata ia kerana empat anaknya lebih dewasa dan terurus berbanding ketika mereka menetap di Afrika Selatan.

Perbicaraan akan diteruskan pada 5 Mac.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved