Berikut petikan dari portal Utusan Online:
PERMATANG PAUH 5 Mac – Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan ceramahnya sebentar tadi.
Teresa kemudiannya dibawa keluar dari lokasi ceramah berkenaan manakala lelaki terbabit berjaya melarikan diri.
Namun tidak beberapa lama kemudian, lidah rasmi parti UMNO itu telah menarik balik laporan itu dari portal mereka.
Tetapi seperti biasa, ada pengguna forum CariGold yang sempat ‘print screen’ berita tersebut.
Benarkah berita ini? Jika benar, pihak pro Kerajaan yang menawarkan ganjaran bagi menampar Teresa Kok wajib membayar lelaki misteri tersebut.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment