ONEXOX
BannerFans.com

Undi Melayu bertambah, Umno BN makin tertekan – Rafizi

on Sunday, March 23, 2014

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa penambahan undi kaum Melayu kepada calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Dun Kajang, akan membuatkan BN berada dalam keadaan tertekan dan goyah.

Menurutnya, untuk rekod kemenangan Wan Azizah malam ini menyaksikan penambahan kerusi kaum Melayu dan muda di kawasan majoriti Melayu. “Kita menang di Sungai Sekamat kita menang di Taman Delima ini merupakan kawasan majoriti Melayu.



“Sementara bila tengok saluran 4,5,6 di semua daerah mengundi kita menang berbanding PRU lepas secara umum saluran muda Melayu PR kita kalah, kita hanya menang di kerusi Cina dan India, berbanding PRK kali ini kita menang dengan bergaya.





“Sebab itulah saya kata Umno/BN tidak tidur malam ini, pening dibuatnya,” katanya kepada Sinar Harian Online selepas pengumuman kemenangan Wan Azizah di Kompleks Sukan Bangi malam ini.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

menang tp dlm erti sebenarnya kalah. pr yg sepatutnya yg trtekan. harus sedar undi majoriti semakin menurun brbanding pru13.maknanya pengundi yg memilih pr sblm ni memilih tidak mengundi pr sekali lg


March 23, 2014 at 7:15 PM
Anonymous said...

Yer memang turun majoriti berbanding PRU 13. PR perlu membuat analisis berkenaan perkara ini. Namun petunjuk peningkatan pengundi Melayu memberi isyarat jelas untuk BN juga membuat analisis mengapa corak pengundi Melayu berubah kepada PR.

Peratusan keluar mengundi yang menurun mungkin juga faktor majoriti kemenangan menurun. Namun, peningkatan pengundi Melayu kepada PR bukan sesuatu yang harus dipandang remeh oleh BN.

Adakah disebabkan faktor ekonomi yang tidak berubah dan semakin parah semenjak tahun 2004 hingga 2014 (10 tahun). Mungkinkah faktor kerajaan semakin menekan rakyat dengan tuntutan2 cukai yang melampau?

BN musahabahlah dan jangan syok sendiri utk percaya dapat memerintah sehingga bila2. Tiada sesuatu yang kekal melainkan ALLAH.


March 23, 2014 at 8:09 PM
Anonymous said...

kalo majoriti 1 pn kira menang jgk la..tak kira umno or pr..terima je la hakikat..yg penting calon yg menang jln kn tanggungjawab..


March 23, 2014 at 8:40 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved