ONEXOX
BannerFans.com

Apa motif Ahli Parlimen BN/UMNO letak foto mayat Karpal Singh di facebook?

on Thursday, April 17, 2014

Sejak awal pagi tadi, kita dikejutkan dengan pemergian bekas pengerusi DAP, Karpal Singh selepas ahli parlimen itu maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung.

Berikutan itu, laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan serta blog-blog dipenuhi dengan gambar dan cerita tentang kematian Karpal Singh. Ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa termasuk juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan yang kini sedang dialami keluarga mangsa, lain pula status yang cuba disampaikan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad di laman faebook miliknya sebentar tadi.

Beliau telah memuatnaik satu keratan berita yang tertera gambar Karpal Singh dalam keadaan menyayat hati dan disertakan pula dengan kenyataan ringkas berbunyi : "Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama hehe."



Selain itu, Datuk Nawawi juga turut memuatnaik sekeping lagi foto Karpal Singh yang tidak begitu jelas kelihatan dan diikuti pula dengan kenyataan lain yang berbunyi : "Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada."



Sebenarnya, penulis sedikit tertanya-tanya apa motif sebenar Ahli Parlimen Langkawi itu memuatnaik dua keping foto keratan akhbar di facebook sedangkan keluarga mangsa sedang bersedih ketika ini? Mungkin sekadar bergurau kot tetapi macam tidak kena pada tempatnya pula.


Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved