ONEXOX
BannerFans.com

Bantah Nusyuz, Sari Yanti Tolak Tuntutan Kembali Taat Suami

on Wednesday, April 30, 2014

Hasrat pelakon Sari Yanti Mohd Nazari atau Sari Yanti mahu bercerai dengan suaminya Mohd Edy Casmadi Che Hussin tidak kesampaian apabila aktress itu terpaksa memfailkan bantahan dakwaan nusyuz terhadap dirinya.

Permohonan tersebut dibuat untuk menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang dibuat oleh suaminya di Mahkamah Sri Petaling, pada 7 Mac lalu.



Permohonan bantahan tersebut telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah pada sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor, hari ini.

Terdahulu, Pada 25 Februari lalu, pelakon Kisah Kaisara itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah.

Sementara suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah. “Biar mahkamah yang buat keputusan”, katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah.

Pasangan ini berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2 dan anak anak kini tinggal bersama si bapa.

Kes ditangguh untuk sebuatn semua pada 28 Mei 2014

Sumber






PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved