ONEXOX
BannerFans.com

Dua MB akan bertukar, dakwa kolumnis Utusan. N9 bakal dapat MB baru?

on Sunday, April 20, 2014

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini mendakwa pentadbiran Umno-BN yang ditadbir PM, Datuk Seri Najib Razak bakal membuat penukaran dua menteri besar tidak lama lagi.

Namum Awang tak menyatakan dua negeri yang akan terlibat.

“Khabarnya dua menteri besar bakal digantikan tidak lama lagi. Spekulasi mengenainya mulai bertiup bagai sepoi angin petang di pesisiran pantai.

“Tidak perlulah Awang sebut siapa menteri besar berkenaan pada peringkat ini, biarlah ia terus menjadi desas-desus,” katanya dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat, edisi mingguan Utusan Malaysia hari ini yang dipetik The Malaysian Insider.



Najib juga sudah mempunyai senarai pengganti calon menteri besar berkenaan, tulis kolumnis itu.

Jika benar, persoalan lebih menarik ialah siapa pengganti mereka? Beberapa nama calon yang dilihat berwibawa sudah pun dikenal pasti.

“Tentu terdapat tokoh yang boleh dijadikan sandaran, yang Awang percaya Najib sudah ada bayangan calon-calonnya. Kita tunggu,” katanya.

Pertukaran pentadbiran negeri wajar dilakukan dan ia tidak perlu dilakukan hanya semasa berlaku pilihan raya umum atau negeri semata-mata, kata Awang lagi.

“Awang berpendapat memang perlu ada peralihan bagi menyuntik kesegaran dalam tampuk pentadbiran negeri tertentu,” katanya.

Kolumnis itu juga berharap peralihan pentadbiran tidak hanya ditumpukan kepada jawatan MB namun jawatan dalam parti.

“Bukan sahaja kepimpinan negeri, ramai yang menyimpan harapan agar perdana menteri yang juga presiden Umno menampilkan muka baharu bagi beberapa jawatan (lantikan) tertentu dalam parti,” katanya, lapor The Malaysian Insider

Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved