Jurucakap OHCHR, Rupert Colvile berkata, pihaknya prihatin dengan keputusan Brunei dalam pelaksanaan hukum hudud yang memperuntukkan hukuman mati bagi beberapa kesalahan.
Beliau memberitahu pemberita, kesalahan-kesalahan ini termasuk rogol, zina, liwat, hubungan seks luar nikah untuk orang Islam termasuk jenayah lain seperti rompakan dan pembunuhan.
Beliau turut menyentuh kesalahan lain seperti menghina Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan hadis boleh dijatuhi hukuman mati.
“Pelaksanaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan ini melanggar undang-undang antarabangsa,” katanya.
Tekannya, melalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.
Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.
Oktober tahun lalu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.
Akta baru undang-undang syariah itu dikatakan telah dikaji selama bertahun-tahun.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Mereka ini tidak faham krn tidak mendalami hukum tuhan.. setiap kesalahan ada had dan cara perlaksanaan hukum.. bukan langsung hukuman dijatuhkan.. contohnya zina.. kalau ditangkap berdua2an dlm bilik, tk boleh kata mrk berzina.. Islam itu indah.. Tuhan tlh mengatur sgalanya dgn penuh hikmah....
April 13, 2014 at 6:57 PM
Post a Comment