ONEXOX
BannerFans.com

Maju betul Rembau, dah ada KFC !

on Saturday, April 12, 2014

Maju betul Rembau sekarang ini, dah ada stesen keretapi, ada stesen komuter, mungkin tak lama lagi ada stesen keretapi laju Singapura-KL, sekarang dah ada pula KFC, 3 tingkat pula tu KFC di Rembau ni.

Bukan nak bangga, tapi amaran kepada orang Rembau ! Warga asing berebut-rebut beli hartanah di Rembau, pusat ibadah bukan Islam pun bukan main gah lagi di tepi stesen komuter Rembau dan tepi jalan utama Seremban-Rembau, tapi kita orang Rembau berebut-rebut biarkan rumah dan tanah terbiar di Rembau.

Makin banyak projek perumahan eksklusif di Rembau. Warga asing kalau beli RM 1 juta, duit mereka baru 300,000 saja.

Fikir-fikirkan, mampukah anak-anak kita miliki bukan rumah banglo malahan rumah teres di Rembau selepas ini?









Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 3 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Post yg xmembantu langsung kenaikan taraf hidup rakyat mahupun negara..segala kemajuan harus disambut dengan baik. Ambil peluang itu dan majukan diri. Terbinanya KFC di Rembau bermakna peluang berniaga di Rembau masih cerah. Kenapa kita perlu ada hasat dengki? Patutnya kita bersaing dengan mereka secara sihat. KFC atau apa sahaja pembangunan lain menjadikan Rembau akan dikenali. Akan ada lebih banyak peluang perniagaan dan kerjaya. Akan menjadikan taraf hidup warga Rembau lebih baik dan mewah. Baru la mampu memiliki rumah banglo dan teres seperti diimpikan. Barulah anak2 muda tidak berhijrah keluar dari Rembau. Ini yang dinantikan kami selama ini. Perlukan pembangunan demi masa depan Rembau yang makin popular kini. Umpama penyanyi Waris yg kini perkenalkan Rembau melalui lagunya. Termasuklah pembangunan pesat yg akan perkenalkan Rembau pada mata semua. Sekian dari anak jati Rembau.


April 13, 2014 at 12:21 AM
Anonymous said...

Setuju dengan komen diatas..kini tiba masanya Rembau mendapat suntikan pembangunan seiiring kawasan bandar2 yg lain..harapan Rembau akan terus maju..dari saya anak jati Rembau..


April 13, 2014 at 12:29 AM
Anonymous said...

Wariiiiihhhhh


April 13, 2014 at 8:35 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved