ONEXOX
BannerFans.com

MH370 - Ibu remaja Iran meratap sendirian

on Thursday, April 3, 2014

Ibu remaja Iran Pouria Nourmohammadi yang menaiki MH370 dengan pasport curi berkata, beliau meratap sendirian tanpa perkhabaran berhubung operasi mencari pesawat itu.

Beliau yang tinggal di Jerman mendakwa terpaksa menjarakkan diri daripada mendapatkan maklumat daripada taklimat kepada waris di Kuala Lumpur, yang hampir setiap hari, menurut CNN.

Ini, kata ibu yang tidak dinamakan itu, hanya kerana anaknya yang berusia 18 tahun itu melanggar undang-undang.



Beliau bagaimanapun mempertahankan tindakan anaknya itu dengan berkata, Pouria “hanya mahu meneroka impian indahnya”.

“Sebagai manusia biasa, sebagai ibu, tiada siapa fikirkan saya. Saya keseorangan tanpa dokongan kecuali daripada Tuhan.

“Walaupun dia (Pouria) mempunyai pasport curi, dia masih muda dengan impian yang indah-indah.





"Saya juga ibu seperti ibu-ibu rakyat China, dan saya juga mahu tahu apa yang berlaku.

“Saya percaya pada Tuhan dan kemahuan-Nya pasti berlaku. Tetapi semua 239 penumpang adalah sama, mungkin ada yang tidak percaya padanya,” beliau dipetik sebagai berkata di Facebook.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved