ONEXOX
BannerFans.com

Johor cadang cuti kembali kepada Ahad pulak!

on Thursday, April 3, 2014

Akibat kerajaan negeri Johor yang tidak bertegas melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat. Swasta dan bank-bank boleh bercuti Ahad.

Kini ura-ura cuti kembali kepada Ahad timbul dan heboh di kalangan kakitangan awam Johor.

Menurut mereka, kerajaan negeri Johor dijangka akan menukar kembali cuti hujung minggu kepada Ahad sebagaimana yang diamalkan sebelum ini, bermula 1 Jan tahun depan.



“Saya dimaklumkan kerajaan negeri sedang mengkaji semula untuk menukar kembali cuti hujung minggu kepada hari Ahad pada tahun depan, selepas setahun cuti hujung minggu pada hari Jumaat.”

“Isu penukaran kembali cuti hujung minggu kepada hari Ahad sedang hangat diperkatakan dikalangan kakitangan awam di Johor,” kata seorang kakitangan awam negeri kepada Malaysia Gazette sebelum ini.





Seorang lagi kakitangan agensi kerajaan negeri memberitahu, penukaran tersebut kerana kesukaran menjalankan urusan perniagaan.

Katanya, bank-bank dan syarikat kewangan di Johor tidak bercuti pada Jumaat dan mengekalkan Ahad sebagai hari cuti mingguan mereka.

Dengan Jumaat sebagai cuti hujung minggu pihak kerajaan dan Ahad bagi pihak swasta, hanya ada empat hari untuk menjalankan urusan di bank-bank.

Ia telah menimbulkan kesukaran kepada golongan perniagaan yang terpaksa berurusan dengan kedua-dua pihak iaitu bank dan pejabat -pejabat kerajaan.

Ada yang berkata Iskandar Malaysia menerima kesan daripada perubahan itu dengan urusan membabitkan pelaburan asing terutamanya daripada Singapura mengambil masa yang lebih panjang daripada biasa.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Cpt la tukar blk..aku sokong 200%


April 3, 2014 at 4:19 AM
Wak Misai said...

Takperlu tukar...cuma perlu wajibkan semua..


April 3, 2014 at 4:44 AM
Anonymous said...

X payah tukar...kedah x ada masalah pun...hari jumaat patut djadikan hari cuti seluruh malaysia


April 3, 2014 at 7:27 AM
Anonymous said...

Sesuatu yang baru memang mengambil masa untuk diterima. Jangan terlalu cepat berubah disebabkan perkara2 luaran. Jumaat biarkan aja cuti lama2 nnt pihak2 yang berkeras x mahu mengambil pendekatan yang serupa akan mengalah for the sake of their bisnes.


April 3, 2014 at 4:37 PM
Anonymous said...

Kelantan tereganu kedah ok jer.utamankn islam dr urusan bank tu.fikir2 lah.


April 4, 2014 at 4:59 AM
Emil Fahmi said...

Jumaat cuti lebih bagus...!!!so semua muslimin boleh g masjid solat jumaat. Ketua keluarga dapat luangkan masa dgn ank2. klu tukar ahad semula....hmm...yg sokong cuti ahad tu blh byk la excuse nyer x g solat jummat..bz la, kerja la...penat la... hampehh. Kerajaan N.Johor perlu bertegas.


April 4, 2014 at 9:00 PM
Unknown said...

For me kalau jumaat cuti lagi ramai org x pegi solat jumaat. Kalau dulu keje hr jumaat then time pegi solat jumaat kalau org y x pergi rasa segan juga pada membe yg pegi. Nk x nak terpaksa pegi. Ni kalau cuti org yg x pergi solat kompom2 x pegi duduk rumah aje lah.... dalam surah al jumaah pun ade sebut. Xsemestinye ade solat jumaat kte kene cuti. Jgn jadikan solat jumaat sebagai beban kite x nak keje...


April 6, 2014 at 8:29 AM
Anonymous said...

Pd sy.. klo xnk tkar cuti kmbli asal seklipun... selarasknla cuti swasta n kerjaan... sekarg ms sggh terhad shingga berkjar2 jika blik kmpg memndgkn ank bersekolh n suami plk.. pekerja swasta.. pd yg duk negeri yg dh lm cuti pd jumaat sbtu tu.. yg ckp bsar sgt... bkn ke negeri korg swasta n kerjaan cutinye selaras.. memg la xde msalah... hrp pihk berkenaan mempertimbgkn..


May 25, 2014 at 8:02 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved