ONEXOX
BannerFans.com

MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?

on Tuesday, April 29, 2014



KUALA LUMPUR – Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 10 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Biasa di ketinngian penerbangn ketika itu x memungkin kita dpn lihat jelas mlalui tngkap..bwhnya plak di litupi awam kbiasaanya..ganjillh plak makcik ni dpt lihat trus pmukaan laut...unbelieveable...karut marut


April 29, 2014 at 6:53 AM
Anonymous said...

Tiada yg mustahil krn semua nya kekuasaan Allah s.w.t
Kun fa ya kun


April 29, 2014 at 7:00 AM
Anonymous said...

Mungkin Allah memberi petunjuk pada beliau...perkara tak mustahil. Tpu klu bnar lah apa yg dilihat ileh makcik ni...sudah tlmbt.Dan kesal pihak berkuasa tak cuba siasat awal dakwaan trsebut. Kmungkinn ada yg masih bernyawa dan boleh diselamatkan. Allah yang maha kuasa.. wallahualam


April 29, 2014 at 7:03 AM
Anonymous said...

Xkarut.dlm penerbangan dgn cuaca baik..kdg2 dpt dilihat ngan jelas ikan lumba2 n kapal dagang n kadang2 terumbu...x mustahil.


April 29, 2014 at 7:15 AM
muhammad azaha said...

kuasa Allah semua ni..x mustahil mungkin allah nk bg petunjuk


April 29, 2014 at 7:19 AM
Anonymous said...

Tiada yang mustahil jika allah s.w.t berkehendak...lg kan pulak makcik tu baru saja pulang dr tanah haram(menunaikan umrah)...yg mustahil pun boleh jd tidak mustahil....


April 29, 2014 at 7:24 AM
Anonymous said...

Betul tu.. setuju dengan komen2 diatas... TIADA YANG MUSTAHIL JIKA DIIZINKAN ALLAH S.W.T siapa kita utk menidakknnya


April 29, 2014 at 9:50 AM
Anonymous said...

Tak mustahil ...Selepas kedatangan Obama, satu persatu kenyataan terungkai.. Tak ke pelik? Wallahualam..


April 29, 2014 at 6:37 PM
Anonymous said...

Kuasa allah... Dia maha nengetajui .... Kun fayakun jadi lah ia... Xada yg mustahil....


April 30, 2014 at 12:49 AM
Anonymous said...

Senang nye nk ckp karut marut..xade pun yang x mustahil..dah macam setiap hari maik flight..bosan dgn org ske perli org len nie..


April 30, 2014 at 4:00 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved