ONEXOX
BannerFans.com

Pemilik akaun FB hina Rosmah ditahan polis

on Sunday, April 6, 2014

Pemilik akaun FB yang menghina isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dengan memaparkan gambar cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Rosmah telah ditahan polis.

Sumber polis memberitahu Astro Awani, suspek, 25 tahun ditahan epasukan polis di kediamannya di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak sekitar jam 12.10 pagi tadi.



Penahanan dibuat berdasarkan satu laporan polis yang dilakukan di Balai Polis Sentul sebelum ini.

Polis turut merampas Beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan lain turut dirampas.

Suspek kini ditahan di Lokap Berpusat Jinjang dan disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan. Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

"Suspek direman hingga Selasa untuk membantu siasatan," katanya kepada Astro Awani lagi.

Satu 'berita' yang dimuatnaik dari FB 'Syed Saifullah'  Jumaat lalu dengan menyatakan"pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"

Ia turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Rosmah.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved