Status kenyataan tersebut menyebabkan ramai pengguna facebook meninggalkan komen yang bertanya samada status itu adalah penjelasan tersirat yang datang dari Prof Izzi sendiri berkenaan isu dituduh cabul pelajar atau tidak.
Bagaimanapun, hanya sebentar tadi, Prof Izzi telah memuatnaik satu status di fanpage facebooknya yang menafikan perkara itu. Katanya, apapun status yang dimuatnaik sebelum kenyataan "Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan." bukan datang darinya.
Sehubungan dengan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan komen-komen dalam status yang terdahulu.
"Sebarang kenyataan mengenai kes ini dlm ruangan komen SEBELUM kenyataan saya sebentar tadi iaitu: Setakat ni saya tidak boleh memberi kenyataan sbb ianya masih dlm siasatan. adalah BUKAN dari saya. Apa pun terima kasih kpd komen2 yg diberikan."
Penulis harap dengan penjelasan terbaru Prof Izzi akan dapat merungkai teka-teki di benak peminat masing-masing berhubung kenyataan di fanpage facebook beliau sebelum ini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment