ONEXOX
BannerFans.com

Sebelum keluar sijil kematian, beri bukti konkrit ‘walau kecil’, kata keluarga MH370

on Tuesday, April 22, 2014

Kerajaan Malaysia bercadang mengeluarkan ‘sijil kematian’ kepada semua penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370.

Melalui emel bagi pihak ‘The United Families of MH370′, Sara Bacj yang temannya Philip Wood antara 239 penumpang MH370, meminta kerajaan Malaysia menjelaskan mengapa ia setuju dengan analisis Inmarsat, syarikat satelit Britain.

“Mereka gagal berkongsi sebab mengapa mereka menerima sumber tunggal (Inmarsat) bagi analisis yang menggunakan kaedah yang belum digunapakai, sebagai asas utama memberi kesimpulan pesawat tersebut terhempas dan tiada yang terselamat,” katanya dalam emel tersebut, dipetik dari Wall Street Journal.



Pada 24 Mac, PM Datuk Seri Najib Razak, dalam sidang berita mengumumkan MH370 ‘berakhir’ di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Malaysia Airlines pula memaklumkan keluarga penumpang tersebut bahawa tiada yang terselamat.

“Ia merupakan tanggungjawab seorang pemimpin negara dan komitmen kerajaan untuk memutuskan supaya membuat pengumuman seperti itu. Keputusan itu dibuat walaupun kami sedar kesannya,” katanya.

Bacj menimbulkan persoalan tentang ketiadaan sebarang kajian saintifik ke atas analisis teknikal Inmarsat yang membawa kepada kesimpulan yang diberi Malaysia.

“Kami tidak mengharap mereka dapat menjumpai seluruh pesawat itu, mayat penumpang, ataupun ketahui mengapa kejadian ini berlaku, tetapi kami sedang jangkakan sekadar bukti konkrit, walaupun kecil,” WSJ memetik dalam emelnya, ditulis dalam bahasa Cina dan dihantar ke ahli keluarga penumpang China.

Penutup emel itu ditulis, “KAMI CUKUP MARAH, SEDIH DAN TERKILAN!”, lapor The Malaysian Insider.


Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved