1 Mahkamah memutuskan bahawa ‘pembunuh’ Altantuya tidak bersalah dan terlepas dari hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan sebelum ini, Rakyat Malaysia terkejut, lutut mengeletar dan badan lemah kerana sedar pembunuh Altantuya masih bebas hingga kini.
2 Membeli cincin bernilai RM24juta hasil tabungan sejak kecil. Siapa yang tidak akan terkejut mahupun lutut mengeletar dan terasa lemah membaca berita sebegini.
5 Dalam kekalutan politik negara yang cacamerba ini, Menteri Besar Terengganu juga sempat memberikan kejutan apabila mengetuai ekspedisi ke Antartika yang menelan kos sebanyak RM846,328.26. Lemah lutut!
3 Kejutan yang lebih hebat ialah kapal selam Scorpene yang tidak boleh selam dan kemudian dapat diselamkan. Dan kejutan bertambah parah apabila berlakunya krisis MH370, kapal selam ini tidak dapat digunakan untuk operasi mencari sedangkan Britain menggerakkan kapal selamnya TMS Tireless. Katakan pada kami siapa yang tidak akan terkejut lalu lutut mengeletar dan badan lemah akibat memikirkan sedalam-dalamnya bagaimana sebuah kapal selam ‘second hand’ dibayar sebanyak USD580 juta tersadai tanpa apa-apa faedah kepada negara saat dilanda krisis.
4 Tidak cukup dengan kejutan ini, pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri membuat kenyataan secara langsung bahawa pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi. Rakyat Malaysia terkejut, lutut mengeletar dan terasa lemah untuk menerima hakikat ini. Namun beberapa hari kemudian sepupunya pula membuat kejutan bahawa Perdana Menteri hanya mengatakan hilang dan bukannya terhempas di Lautan Hindi. Hilang di Lautan Hindi? Dibawah Kerajaan Umno BN ini agakanya Lautan Hindi pun mungkin boleh hilang! Namun, ini belum lagi mengambil kira kejutan demi kejutan yang diberikan oleh pasukan tentera, polis dan imigresen dalam mempertahankan kredibiliti mereka. Hampir setiap hari rakyat yang mengikuti siaran langsung sidang media kerajaan dan agensi Malaysia melibatkan operasi mencari MH370 terkejut, lutut mengeletar dan badan lemah mendengar kenyataan dan cara mereka bersoal jawab dengan media antarabangsa.
5 Kejutan istimewa buat rakyat Sabah apabila perairan Sabah dicerobohi dan penceroboh menculik seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort yang berasal dari Filipina. Lemah badan apabila mengetahui bahawa Esscom yang diberikan peruntukan sebanyak RM200 juta dan peruntukan tambahan RM75 juta dalam Bajet 2014 serta RM11 juta lagi untuk baik pulih 65 pos keselamatan nyata gagal memberikan perlindungan yang sewajarnya.
Hampir saban hari setiap seorang rakyat Malaysia diberikan kejutan, buatkan lutut kami mengeletar dan badan lemah. Belum lagi mengambil kira kejutan-kejutan lain seperti pemotongan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kenaikan tol, kenaikan kos sara diri. Malah tiada kudrat untuk berbicara tentang cukai GST yang memiskin rakyat ini. Lutut mengeletar dan badan lemah apabila mendengar berita bahawa rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April 2014.
Selama enam dekad hidup di bawah regim Barisan Nasional ini, hampir setiap hari rakyat marhaen lemah badan untuk menerima pelbagai macam kejutan. Agaknya, esok lusa apa pula kejutan yang bakal diberikan oleh pentadbiran Najib Tun Razak ini.
- Surat Pembaca, Edwin Michael – Free Malaysia Today
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment