ONEXOX
BannerFans.com

(Tips) Cara Penggunaan Gear Yang Betul Untuk Kereta Auto

on Thursday, April 3, 2014



Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Dapat agak sebab lampu reverse nyala kejap. Bayangkan kalau terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama. Kereta dah hon-hon. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Boleh rosak gear box rasanya.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light: 
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Nak jalan:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:
1. Perlu tekan tombol semasa menukar gear
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan jika untuk menukar gear antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Kalau gear yg jenis ada lekuk-lekuk tu selamatlah. Tombol tekan pun tak ada kan?



Jika ada yang belum faham fungsi setiap gear, bolehlah rujuk keterangan setiap susunan gear untuk gearbox auto yang berikut:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R – reverse, untuk mengundur kereta anda

N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja

3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L – Low gear, gear pertama

Diharap artikel ini bermanfaat untuk memanjangkan jangka hayat kereta anda. Selamat mencuba :)

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 17 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Leh bagi sebab x nape kena tekan and tak tekan button tu? Button tu just pin for safety purpose.. nak elak dr termasuk gear reverse if let say tgh driving.. x caye leh baraikan gear level auto.. saya penah baraikan and dats y saya berani bgtau..


April 3, 2014 at 7:11 AM
Anonymous said...

Tanpa tekan. Cmne nak tolak gear bro??.. memang dok keras lah.. butang tu cuma safety pin supaya x tertolak gear. Kalau cmtu.. cmne lak nak bwk gear kt steering.. pedal shift mcm gtr35?..


April 3, 2014 at 8:49 AM
Anonymous said...

Pelawok belako...kalu gitu bubuh buat gapo butang tekan tu....hahaha....karuttt


April 3, 2014 at 4:31 PM
Anonymous said...

haha die ade 3 je kemungkinan knape die kate kne tekan button ngn xpyh sume tu:

1)die post je or copy n paste tp sbnrnye die sndri gune kete manual.

2)writer or sumber dari perempuan,,,haha

3)kete die mmg awesomely have that function haha xtaula brand ape...

ape2 pun nice info...thumbs up 4 sharing... =)


April 3, 2014 at 5:16 PM
Anonymous said...

i don't think this applies to all cars.
x semua gear kete boleh tukar D ke N tanpa tekan butang tu. klu kete Ford Fiesta (like in my case) mmg kene tekan butang klu dr D nak ke N atau L. tp klu dr R, N atau L, bleh trus tarik atau tolak gear ke D.


April 3, 2014 at 5:51 PM
Anonymous said...

Org dh share info byk sgt lak komplen. Bengap


April 3, 2014 at 9:11 PM
Anonymous said...

baca manual kereta tu, klu proton mmg tak perlu tekan kalau dari N-D atau D-N, yg lain kena tekan


April 4, 2014 at 12:51 AM
Pendidik2u said...

Aku memang gune kaedah ni..pr0t0n..


April 4, 2014 at 7:29 AM
Anonymous said...

Klu naik bukit perlu tukar gear ke x...sbb ade org kate klu tukar dari D ke gear 3 kalo naik bukit..


April 4, 2014 at 9:41 AM
Bajas said...

Sy pgguna kereta isuzu Dmax.. Most of the time bila tukar gear sy akan push pin tu. Naik bukit or turun bukit yg agak curam or dlm jammed sy tukar ke d3 or d2.berenti traffic ke N. Parking jrg tarik hand brake kecuali brbukit...just for sharing...tq ^__^...


April 4, 2014 at 11:59 PM
Bajas said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Yup..proton mostly use dis type of gear..


April 5, 2014 at 10:10 AM
Anonymous said...

Ape la susah sgt korang nk paham...


April 5, 2014 at 5:57 PM
ezuddin said...

Banyaknye nak ingat ni, tp kalau dah biasa bawak, selamba je.


April 5, 2014 at 11:33 PM
Anonymous said...

Butang tu mcm safety jer, takda masalah..


April 6, 2014 at 7:53 PM
Anonymous said...

Just my experience je. Button kat transmission auto nie mainly function untuk safety. Contohnye mase parking pakai gear P, anda tak mesti taknak senang2 je boleh teralih masuk R, takut melayang ke belakang lak. Antara sebab pengguna kereta auto tak tekan button (contohnya dari N nak masuk D) sebab memudahkan. Kadang2 tu tekan button nak masuk D, terlajak sampai 2/L. Dah kene tolak balik masuk D. Kalau masa park nak jalan takpe la. Cuba kalau kat traffic light, tak ke kelam kabut. Lebih2 lagi pada zaman teknologi henset canggih2 nie, pantang sampai traffic light je, masuk N, terus capai henset. Bila lampu hijau, menggelabah masuk gear.

-Sekadar pendapat-.


April 6, 2014 at 9:29 PM
Anonymous said...

Nasihat dr tn blog ialah dlm pemanduan normal, jgn tekan butang tu kalau dr D pergi N. Takut-takut termasuk R. Nti terundur kereta masa berenti di trafic light. Dan jgn tekan butang tu kalau dr N pegi D. Takut-takut termasuk 3 atau L. Nti meraung enjin kereta bila jalan ke depan.


April 8, 2014 at 7:02 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved