ONEXOX
BannerFans.com

Zahid Hamidi minta Yong Teck Lee tampar sendiri, tawar RM501

on Tuesday, April 8, 2014

Malaysia makin celaru, kini Menteri KDN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri yang membuat tawaran untuk tampar dirinya.

Hari ini Zahid menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Yong Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.



“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya.

Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas KM Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu di mana Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved