Bukan sahaja kontroversi yang boleh menjejaskan nama, malah ada dalam kalangan mereka tanpa segan silu mempamerkan perangai ‘sebenar’.
Bukan sahaja soal pemakaian, malah ada juga segelintir daripada mereka turut terlibat dalam gejala buruk termasuk gemar berpesta, terlibat dengan pengambilan dadah dan alkohol.
Walaupun dunianya satu ketika dahulu ‘hitam’ dan didampingi rakan-rakan artis yang sedemikian, namun istiqamah selebriti ini wajar diberi pujian.
Hampir dua tahun berhijrah, pelakon dan pengacara ini bagaimanapun masih menjadi pemerhati industri dan rakan-rakan artisnya yang masih berada dalam kepompong yang sama.
Akui Yatt, 34, kadang kala, dia sendiri merasa sedih apabila berita-berita mengenai selebriti Melayu Islam terpampang di dada akhbar mengenai perkara-perkara yang mengaibkan.
“Walaupun saya tidak seteruk itu di satu masa dahulu, namun saya pernah jahil dan jahat. Saya pernah mendedahkan aurat saya untuk tatapan orang lain.
“Namun, kalau kita tutup aib orang, ALLAH SWT akan tutup aib kita. Namun, ramai dalam kalangan kita sedia mendedahkan aib sendiri. Saya sendiri tidak tahu untuk melabelkannya.
“Pun begitu, sebagai manusia, kita bukanlah penghukum dan penilai. Doakan sahaja mereka berubah dan sedar,” katanya lagi.
Tambah Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah ini, perkara yang turut meruntun hatinya juga adalah laman sosial.
“Saya sedih melihat peminat dan pengikut laman sosial bergaduh di alam maya kerana berbeza haluan. Ada yang menyebelahi dan ada yang membangkang tindakan selebriti.
“Saya sendiri tak tahu adakah selebriti itu sendiri membaca komen-komen dan pergaduhan peminat mereka. Namun, bagi saya, adalah tidak elok jika kita bersubahat dan menyokong perkara yang tidak baik.
“Ada baiknya jika kita berdoa agar mereka berubah dan jika mahu menegur, gunalah platform yang tidak mengaibkan seseorang contohnya, secara personal di ‘inbox’,” saran Yatt.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment