”Iya, ada (kandungan darah babi, red) dalam filternya”, ujarnya seperti didalam berita Republika,
Bagaimana cara kita dapat mengesan adanya darah babi di penapis rokok dan apa alasan pengeluar rokok memasukkan darah babi di penapis rokok?
Dalam rokok ada dua penapis.
Penapis pertama, berwarna putih . Penapis ini disambung lagi dengan penapis kedua yang mengandungi darah babi.
Menurut tuntutan syarikat merokok, darah ini digunakan untuk menapis toksin yang ada dengan lebih baik.
Hemoglobin dari darah babi menapis racun-racun tembakau dengan lebih efektif sehingga racun dapat ditapis sebanyak 70persen lebih sedikit.
Biasanya kita boleh mengetahui bahawa merokok itu mengandung hemoglobin babi dengan melihat bungkusan rokoknya.
Ada tanda Diamond Filter di bawah bungkusan. Syarikat rokok menulis keterangan itu diluar kotak rokok dengan tulisan dan gambar.
Penyelidik di Australia telah meneliti kandungan darah babi dalam rokok itu di salah satu lapangan terbang tentera di China.
Jika kita melihat dengan teliti, terlihat titik-titik kuning pada penapis yang biasanya berwarna putih.
Titik kuning ini menandakan adanya hemoglobin, atau darah.
Menurut sumber Republika, di Indonesia belum ada yang menghasilkan rokok dengan kandungan darah walaupun di negara lain rokok jenis itu sudah lama tersebar.
Walaupun begitu, belum tentu penapis tanpa hemoglobin juga bebas dari titik kritis halal. Penapis sendiri terbuat dari Carboxi Metil Selulosa (CMS) yang sebenarnya selamat kerana berasal dari tumbuhan.
Tapi, untuk membuat penapis, CMS ini ditambah dengan Gliserol dari Gliserin. Bahan pembuat gliserol ini sumbernya bermacam-macam, ada yang dari sintetik kimia yang halal dan ada juga dari lemak atau minyak.
Jika sumbernya dari lemak atau minyak, maka perlu diketahui sumbernya apakah dari haiwan ataukah dari tumbuhan.
Jika pun penapis rokok masih bebas dari darah babi, banyak penyelidikan telah membuktikan soal bahaya rokok pada kesihatan.
Termasuk penyebab kanser, penyakit jantung, penyakit pernafasan, dan emfisema (penyakit paru obstruktif).
Kerana itulah sebahagian ulama mengharamkan rokok, sedangkan ada sebahagian lainnya mengatakan ia makruh
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment