KASIHAN kami mendengar musibah yang menimpa pengasas rangkaian produk kosmetik D’Herbs Healthy Sdn. Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 25, semalam.
Dua pembantu rumah yang cukup dipercayainya telah bertindak melarikan wang tunai dan barang kemas milik dia dan isterinya di kediamannya di Kota Damansara, semalam.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, dia menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari.
Tidak sedap hati apabila panggilannya tidak berjawab, dia segera masuk ke bilik mereka dan mendapati semua barangan sudah tiada.
Menerusi akaun Instagramnya, dia turut memuatnaik gambar dua pembantu rumah tersebut.
Aliff juga menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya dengan ‘caption’:
“Ya allah semoga 2 org maid yg lari dan mncuri ini ditemukan dan diambil tindakan segera..terima kasih yg tidak trhingga kpd smua rakan2 yg mngambil berat yg tolong share kan pic maid lari dan mencuri ini di intgrm atau di fb anda ..bagi membantu saya menjejaki maid sekaligus dpt mngurangkan jenayah di malaysia..”
Kalau difikirkan, memang menyakitkan hati apabila kes sebegini terjadi.
Apa tidaknya, kadang-kadang majikan sudah menganggap pembantu rumah itu umpama saudara sendiri, tetapi mereka pula yang mengkhianati kepercayaan itu.
Bersabarlah ya...
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
Terlajak suda..mrs maid..
May 13, 2014 at 9:48 AM
Cner maid xkabur mata,rumah cm istana,opis mcm shp cmplex,,
Mkn bsar gelak trbahak2 agknya bwk lari harta org,,
Igt ko maid spndai tupai melompat xkmna jtuhnya,,
May 13, 2014 at 6:48 PM
Post a Comment