ONEXOX
BannerFans.com

Siapakah mat Said Sebenarnya?

on Tuesday, May 13, 2014

Siapakah mat said sebenarnya? Bagamanaikah orangnya? Bagi ambe mat said bukan calang-calang orang. beliau merupakan seorang yang berpegang pada prinsip setiap kata-katanya mesti di kota.

Ambe teringat kisah lama sewaktu dia mengajak dato’ wahid endut  “gocoh” ketika di dalam dewan negeri telah lama dulu. Ya, itulah mat said seorang yang tegas pada pendirian dan prinsip.

Mat said bukan masalah sebenar kepada isu yang melanda terangganu sekarang tapi sikap pimpinan umno tertinggi lah menjadi punca utama. Pimpinan umno gagal mengesan masalah yang akan timbul akibat dari keputusan mereka.

Seperti yang dilaporkan malaysiakini mat said meminta pertukaran Mb dilakukan selepas perkahwinan anaknya. Mungkin bagi mereka itu hanya isu peribadi tapi tidak bagi mat said kerana ia bukan hanya melibatkan dia seorang saja malah maruah keluarganya juga terlibat sama.

Cuba kita letakkan diri kita di tempat mat said. Ambil contoh begini kamu merupakan pengarah sebuah jabatan kerajaan. Kamu telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi ya mungkin kamu ada melakukan kesilapan actually semua orang pernah melakukan kesilapan. Di sebabkan kesilapan itu kamu di turunkan pangkat.

Kamu meminta supaya tarikh penguatkuasan turun pangkat tersebut di tunda ke tarikh selepas perkahwinan anak kamu yang akan berlansung lebih kurang seminggu lagi. Tapi mereka kata “0oo itu isu peribadi”. Apa yang significantnya tentang perkahwinan ni.

kad jemputan telah di hantar sejak sebulan lepas lagi yang mana kamu telah mencetak Ybrs Tuan pengarah di kad tersebut.. Semua orang kampong dan kenamaan teruja untuk datang ke majlis perkahwinan kerana kamu merupakan seorang pengarah jabatan kerajaan.

 Tapi apabila kamu diturunkan pangkat apakah persepsi orang ramai yang ingin ke majlis kamu?? Orang ramai akan tertanya apakah yang telah kamu lakukan sehingga kamu diturunkan pangkat. Bangunan mana or stadium mana yang kamu bina telah runtuh sehinggakan kamu diturunkan pangkat. Bagaimana pula dengan perasaan besannya nanti. Fikir-fikirkanlah.

“Kebanyakan bangunan yang runtuh di terenganu di mulakan pada Zaman Deris Jusoh bukan zaman mat said”

Mat said bukan tidak mahu mengudurkan diri tapi dia meminta di tangguhkan untuk beberapa hari lagi itu saja. Natijahnya..hurm.

Kegagalan pimpinan umno untuk mengesan masalah yang akan timbullah menyebabkan politik di Terengganu bergolak. Dan kita menyerahkan kepada mereka untuk membuat keputusan Negara? Perjanjian TPPA apa natijahnya jika mereka gagal mengesan masalah yang akan timbul?MH370?

isu ini juga kita dapat tengok keegoan pimpinan umno macam selalu. Apa salahnya tangguh beberapa hari lagi.Yang pasti mat said dan rakan-rakan akan tetap dengan pendirian mereka kerana ini sahaja jalan untuk mengajar pimpinan umno dan mengembalikan maruah mereka. -Rasa Simpati kepada mat said dan keluarga.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 5 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Sekadar berkongsi msg yg sy terima

Boleh suruh Ahmad Said bersumpah dihadapan Al Quran jika beliau tidak pernah membuat aku janji untuk meletakkan jawatan pada tanggal 12 Mei 2014.

Mat Said Mengkhianati Janjinya sendiri.

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkawinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12hb Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu buru kerana ianya sepatutnya telah berlaku setahun yang lalu. Namun atas tanggungjawap dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ianya berbalik kepada prinsip perjuangan parti ataupun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan dan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan Yb Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar. Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikkan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.


May 13, 2014 at 5:41 AM
Anonymous said...

ini semua poyosss..


May 13, 2014 at 5:45 AM
Anonymous said...

najib step down...


May 13, 2014 at 7:30 AM
Anonymous said...

" Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu.".Kenapa tidak Najib juga mengakui & membuat akujanji utk letak jawatan walhal jumlah kerusi kemenangan BN dlm PRU lepas adalah lebih rendah dr zaman Pak Lah..bermakna Najib lebih gagal drpd Pak Lah..dan Pak Lah lebih berjaya dr Najib walau byk kecaman diterima Pak Lah.. Hakikat Najib sendiri tidak bertanggungjawab ats kekalahan BN di byk tempat. Sekarang Najib ibarat meludah ke langit.

Zaman Mahathir adalah terbaik..nantikan era Mukhriz Mahathir tak lama lg..


May 13, 2014 at 9:19 AM
nazrurz said...

Najib tu berjaya ke dgn % undi menurun jumlah kerusi di parlimen kurang masih lg di anggap bjaya ke...boleh dah letaj jawatan jgk


May 13, 2014 at 9:48 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved