ONEXOX
BannerFans.com

David Beckham Paksa Anaknya Berdikari Walaupun Sudah Kaya

on Monday, May 19, 2014

Walaupun pemain bola sepak antarabangsa, David Beckham merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan pendapatan dianggarkan bernilai RM533 juta tetapi itu bukan alasan buat anaknya iaitu Brooklyn Beckham untuk berdikari berdikari.

Remaja berusia 15 tahun itu diajar menghargai wang dengan bekerja pada hujung minggu di sebuah kedai kopi, dengan pendapatan kira-kira RM15 sejam.

Namun begitu, Brooklyn tidak boleh bekerja lebih tujuh jam sehari gara-gara umurnya yang di bawah 18 tahun. Brooklyn sebaliknya perlu diberikan waktu rehat selama sejam selepas empat jam bekerja.

Cerita mengenai Brooklyn yang bekerja bagi mencari duit sendiri itu meskipun ibu bapanya adalah orang kaya telah menjadi contoh kepada remaja lain.

Dia menerima pelbagai pujian daripada orang ramai di media sosial kerana sanggup bekerja di situ walaupun sudah mampu hidup dengan mewah.

Sumber rapat keluarga Beckham menyatakan pasangan berkenaan memang menggalakkan anak mereka bekerja.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved