Menurut bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin, walau apa pun hujah yang digunakan bagi memperlekehkan keputusan DAP itu, ia bukan saja membuktikan kepelbagaian kaum dalam parti itu, tetapi merupakah transformasi yang jauh lebih bererti daripada kata-kata.
Berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang sering kali menyatakan ingin melakukan trasformasi dengan meletakkan calon berdasarkan keperluan sesuatu kawasan itu, tidak pernah dipraktikkan.
“Jika calon MCA meninggal, orang daripada parti yang sama juga akan dikekalkan. Begitu juga jika terjadi kepada Umno, Gerakan atau MIC,” katanya dalam posting blognya yang terbaru www.shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya, malah jika ada yang meninggal atau meletakkan jawatan itu berbangsa Melayu, maka bangsa Melayu jugalah bakal penggantinya, dan jika bangsa Cina atau bangsa India pula yang pergi, yang menggantikannya juga dari kaum yang sama.
Jelasnya, laungan dan cadangan untuk melakukan perubahan tidak pernah menjadi kenyataan kerana BN tidak punya keberanian untuk berbuat demikian walaupun banyak desakan dari akar umbi menuntut perubahan itu.
“BN lebih selesa terkongkong dalam kepompong yang memenjarakan mereka dengan tradisi lama,” katanya.
Hal Ini jelas berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR), dalam waktu terdekat ini, sudah dua kali mereka melakukan perubahan dan menunjukkan batasan kaum bukanlah persoalan dalam memupuk keharmonian dan kesatuan serta mencipta kemenangan.
Dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bulan lalu, apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan, calon yang menggantikan tempatnya ialah calon berbangsa Melayu iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mengambil alih tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana adanya halangan undang-undang untuk beliau bertanding.
“Namun, PR masih mampu mengekalkan kemenangan cemerlangnya,” jelasnya.
Tambahnnya kini, dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, giliran DAP pula melakukan pembaharuan dan transformasi. Walaupun sejak dua penggal lalu, DAP meletakkan bangsa Cina di kawasan itu, namun kali ini parti itu menunjukkan keberaniannya dengan meletakkan calon Melayu pula.
“Keberanian DAP ini seharusnya diberikan pujian dalam konteks memupuk perpaduan dan keharmonian dan bilakah BN akan mempunyai keberanian seperti ini?” soal shahbudin.
Keberanian DAP juga terserlah apabila memlilih Dyana Sofya yang hanya berusia 27 tahun sebagai calonnya. Berbanding calon Gerakan yang sudah berusia 53 tahun.
“Pemilihan seorang anak muda ini sekali lagi mempamerkan keberanian DAP yang menunjukkan mereka sebuah parti yang jauh melihat ke hadapan,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Shahbudin turut mempersoalkan, kedudukan anak muda berusia 27 tahun di dalam Umno atau Parti komponen BN yang lain.
“Di manakah tempat seorang anak muda berusia 27 tahun jika di dalam Umno atau parti-parti komponen BN yang lain? Mungkin hanya menampal poster dan menjalankan kerja-kerja tidak penting sahaja,” katanya.
Jelas, kini para pemimpin Umno sendiri menyedari bahawa pengundi muda yang menyokong mengundi BN atau Umno semakin berkurangan kecuali Khairy Jamaluddin, Razali Ibrahim dan beberapa pemimpin muda yang lain.
“Majoriti wakil rakyat dalam BN adalah golongan yang sudah berusia tetapi masih mahu mendakap kuasa, berbanding dengan PR pula, kecuali beberapa kerat seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Haji Hadi Awang, majoriti yang selebihnya adalah golongan muda dan masih belia,” katanya.
Tambah Shahbudin, maka tidak hairanlah jika pengundi muda lebih tertarik kepada PR berbanding BN.
Ujarnya, jika sebelum ini PR mempunyai Rafizi Ramli, Nurul Izzah serta beberapa yang lain sebagai ikon golongan muda, penampilan Dyana Sofya akan menambahkan bilangan dan cengkaman mereka kepada golongan tersebut.
“Tetapi siapa pula ikon golongan muda yang ada dalam BN?,” soalnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment